Buletin

VLOGGER RUSIA BUAT KERJA GILA. LETUPKAN BMW M5 COMPETITION

Vlogger Rusia yang lebih dikenali sebagai LITVIN sekali lagi menjadi perhatian apabila meletupkan sebuah sedan mewah BMW M5 Competition.

Lelaki berkenaan mula menarik perhatian ramai pada Oktober tahun 2020 dengan tindakan menjahanamkan Mercedes-AMG GT 63 S berikutan tanda protes terhadap pengedar jenama itu yang tidak mahu membaiki jentera terbabit.

Sehingga kini, video tersebut meraih tontonan melebihi 28 juta.

Pada tahun ini, nampaknya dia buat lagi kerja gila dengan meletupkan jentera mewah BMW M5 Competition milik sahabatnya.

Media tempatan ASTV mendakwa dia mengambil keputusan memusnahkan kenderaan berkenaan untuk memberi penghormatan kepada salah seorang sahabat yang terbunuh ketika memandu BMW M4 Competition di Moscow pada tahun lalu.

Melalui klip berkenaan, LITVIN kelihatan memandu kenderaan itu meredah salji dan parkir di kawasan lapang.

Dia telah menyimbah kenderaan menggunakan petrol sebelum mula melepaskan anak panah yang menyala dengan api.

Selepas beberapa kali percubaan, dia berjaya ‘menembak’ dengan tepat sehingga BMW itu meletup.

Biarpun, tindakan berani yang dilakukan lelaki itu agak bodoh dan membahayakan diri.

Video terbaharu berkenaan sudah meraih tontonan mencecah 5.2 juta selepas satu hari dimuat naik di platform online.

Tidak mustahil, dia akan melakukan kerja gila dalam masa terdekat. – carscoops

Google ads
Back to top button