Artikel Pilihan

CHANGAN UNI-V – KERETA SEDAN YANG SPORTY. TAPI LAJUKAH?

Fuh, melihatkan sekali imbas model sedan ini mempunyai ciri – ciri yang cukup sporty dan moden. Model apakah ini? Inilah dia Changan UNI-V. Kalau nama pangkap pun barangkali kita boleh meneka asal dulu model ini. Benar, ianya adalah model yang berasal dari China.

Sebenarnya, jenama UNI ini merupakan sub-brand yang berada di bawah naungan Changan Auto, khusus untuk menawan hati pembeli muda. Rupa paras bahagian hadapan Changan UNI-V ini ternyata kelihatan cukup moden dan agressif dengan rekaan fascia bampar yang sebegitu. Terlalu lari jauh daripada kelaziman bampar kereta yang biasa. Rekaan gril pada bamparnya seolah semi – tertutup serta mempunyai corong udara yang diapit kiri kanan pada bampar tersebut.

Jika beralih kepada bahagian sisi dan belakang, mata kita sekali lagi akan merasa bahawa model ini kelihatan cukup sporty dan bahagian belakangnya mempunyai rekaan seumpama model liftback / coupe. Memang nampak garang habis. Dan kegarangannya diserlahkan lagi dengan penggunaan handle jenis pop-out. Cukup menyerlah

Bahagian belakang model ini menggunakan lampu utama LED yang dikemaskan lagi dengan penggunaan reflektor yang bersambung terus hingga ke hujung satu lagi. Paling penting, ianya menggunakan tip ekzos berkembar yang bukan tujuan kosmetik semata.

Walau pun garang diluar di bahagian nadinya barangkali tidaklah garang mana. Namum enjin yang bersesaran 1.5 liter turbo ini tidaklah teruk sangat. Masih mampu menghasilkan kuasa kira kira 188 HP dan 300 Nm. Enjin yang boleh tahan berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan. Bolehlah nak cecah 205 km/j untuk pecutan maksimum.

Bahagian kabin Changan UNI-V ini pula kelihatan cukup sporty dan premium. Rekaan strereng berbentuk D cukup ngam dengan rupa luaraan Changan UNI-V ini. Meter kluster kini menggunakan skrin bersaiz 10.3 di bahagian tengah serta diapit dengan dua lagi skrin digital kiri dan kanan. Manakala skrin sesentuh infohiburan di bahagian konsol tengah turut mempunyai diameter yang sama, 10.3 inci juga.

Model yang nampak lawa ini boleh dibeli pada aras harga 116,900 Yuan (RM77,309) dan juga 123,900 Yuan (RM81939)

BACA : NAK PAKAI PORSCHE CAYENNE TAPI DUIT TAK BANYAK. USHA UNI-K SUV TERBAHARU CHANGAN

BACA : OSHAN X5 MILIKI REKAAN EROPAH. SATU LAGI SUV DARI CHINA

Google ads

B K

Back to top button