Buletin

VERSTAPPEN SAMBUNG KONTRAK BERSAMA RED BULL RACING.RM233 JUTA SETAHUN??

Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen bersetuju menyambung kontrak lumayan jangka panjang bersama Red Bull Racing.

Kontrak Verstappen bersama Red Bull bakal berakhir pada 2023.

Akhbar Belanda, De Telegraaf berkata pemandu berusia 24 tahun itu dijangka menyambung kontraknya untuk empat atau lima tahun.

Perjanjian baharu itu dilaporkan bernilai 40-50 juta euro (RM186.29 juta – RM232.87 juta) setahun, menjadikan ia antara kontrak paling lumayan dalam F1.

Verstappen bertarung hingga penamat saingan dengan pencabar dari Mercedes, Lewis Hamilton sebelum meraih gelaran dalam keadaan penuh kontroversi pada perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi, Disember lalu.

Musim baharu F1 akan berlangsung di Bahrain 20 Mac ini – BH/carscoops

Google ads
Back to top button