Buletin

Peter Schreyer Dilantik Sebagai Presiden KIA Motors

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Ketua Pegawai Reka Bentuk Kia Motors, Peter Schreyer telah dilantik sebagai Presiden Kia Motors, sekali gus menjadi warga bukan Korea pertama yang menjawat jawatan tersebut dalam sejarah pembuat kereta Korea Selatan tersebut.

Schreyer, 59, bertanggungjawab mengetuai transformasi reka bentuk kenderaan Kia. Beliau menyertai Kia pada tahun 2006 dari Volkswagen Group dan menghasilkan strategi produk baharu yang berpaksikan kepada reka bentuk baru. Reka bentuk itu kemudian dikenali sebagai ‘hidung harimau’ (Tiger nose).

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Sejak itu, pasukan rekaan Schreyer terus menghasilkan kereta-kereta konsep yang menarik dan dramatik. Ini termasuklah Sportage serba baharu, keluarga baru cee’d serta model lebih besar untuk pasaran domestik Korea dan antarabangsa seperti Optima dan K7. Tidak terkecuali model-model untuk pasaran massa seperti Picanto dan Rio.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Schreyer menyatakan komitmen dan keinginannya untuk kekal di Kia. Selain mahu menjadikan Kia sebagai pengeluar kenderaan Korea Selatan yang fokus kepada aspek reka bentuk.

Schreyer yang berasal dari Bavaria, Jerman sudah berkahwin dan mempunyai dua caha mata. Beliau belajar di Jerman, kemudian melanjutkan pelajaran ke Royal College of Art sebelum menjadi sebahagian daripada pasukan reka bentuk Volkswagen Group. Antara model ikonik rekaannya termasuklah Audi TT dan Volkswagen Passat. – Newspress
[hr top]

Gallery
[hr_invisible]

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.

Leave a Reply

Back to top button