Artikel Pilihan

CERITA PIALA DUNIA, HYUNDAI DAN KIA

Selain daripada cerita Lemang dan Rendang, Piala Dunia 2018 yang secara kebetulan berlangsung serentak dengan Hari Raya Eidulfitri turut menjadi topik bersembang sewaktu berkunjung ke rumah sanak dan saudara. Adalah juga modal nak buat borak bila mana dah lama tak berjumpa kan. Entah apalah si Salah tu makan pagi Hari Raya. Nak cari Lemang di Russia tu bukannya senang ok.

BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK

BACA : TAHUKAH ANDA LEBIH 5 JUTA UNIT KIA SPORTAGE TELAH DIJUAL SEJAK DIPERKENALKAN?

Tapi kisah Piala Dunia ini bukanlah calang-calang. Bukan sahaja dianggap sebagai Ibu kepada permainan bolasepak, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya adalah Ibu kepada segala sukan yang ada di Planet Bumi ini. Kejohanan setiap empat tahun sekali ini pasti mengundang ber-trilion mata yang menonton siaraannya.

Dan sinilah peluang buat mana-mana konglomerat yang ingin bekerjasama dengan FIFA bagi menjadi penaja. Walaupun modal jenis juta-juta tapi kalau untungnya sampai ber-trilion siapa yang tidak mahu bukan? Dan menyedari itu, Kia dan Hyundai (secara tidak langsung) sekali lagi menaja Piala Dunia 2018 Russia.

Penglibatan dua jenama utama Korea Selatan ini telah pun bermula semenjak tahun 2007 oleh Kia. Manakala Hyundai pula terlebih dahulu memulakan kerjasama penajaan bermula tahun 1999 lagi.

Dengan kerjasama ini, Kia dan Hyundai akan membekalkan sejumlah unit kenderaan kepada negara tuan rumah bagi kegunaan logistik pegawai, pemain dan juga petugas sepanjang kejohanan. Dan sebagai balasa, sudah tentulah logo jenama ini akan terpampang megah di sana sini sebagai pembekal rasmi kenderaan di samping beberapa penaja utama yang lain.

Untuk kejohanan edisi ke 21 ini, Hyundai membekalkan sejumlah 530 unit kenderaan, manakala Kia pula membekalkan sejumlah 424 unit. Dengan jumlah keseluruhan 954 unit, jelas betapa berlonggoknya kedua jenama ini bakal berkeliaran di seluruh Russia.

Diantara yang boleh kelihatan termasuklah Hyundai Santa Fe, Tucson dan tidak lupa juga Strarex. Manakala Kia pula membariskan model seperti K9, Sorento, Sportage, Ceed dan tidak lupa juga Kia Sephia. (Ok yang ini acah aja).

Menurut Minsoo Kim selaku Timbalan Presiden Division Pengiklanan Hyundai Motor ” Pengangkutan adalah aspek logistik yang utama untuk sebarang acara bertaraf mega seperti Piala Dunia. Selaku Rakan Rasmi, kami mendedikasikan untuk membantu penganjur bagi melicinkan kejohanan dengan membawa pelanggan kami dengan pengalaman bersama jenama kami ke seluruh dunia.”

Kerjasama ini tidak akan terhenti setakat di Russia sahaja. Malah, mereka baharu sahaja memperbaharui kontrak penajaan yang menyaksikan jenama Hyundai dan Kia bakal dibawa pula ke Qatar untuk tahun 2022 kelak.

 

 

 

Google ads

B K

Back to top button