Buletin

KIA TUKAR LOGO, RINGKAS DAN MODEN SLOGAN PUN BARU

Logo dan kenderaan buatan Kia sangat mudah dikenali susulan penjenamaan yang kuat. Kia juga berjaya melakukan transformasi besar dari model harian biasa kepada model idaman seperti Stinger dan K5 baharu.

Memasuki tahun 2021, Kia kini mempunyai logo korporat dan slogan baharu.

Pengenalan logo baharu itu mewakili cita-cita Kia dalam membangunkan kedudukan sebagai peneraju industri mobiliti masa depan dengan merombak hampir kesemua aspek perniagaannya.

Logo sebelum ini yang digunakan sejak 1994 dibentuk dari tulisan Kia yang dijarakkan dan berada di dalam lingkaran sfera.

Logo baharu pula menyerupai tandatangan yang ditulis dengan tangan.

Logo tersebut merupakan simbol kepada tujuan jenama baharu Kia dan nilai-nilai yang dijanjikan untuk ditawarkan kepada pelanggan melalui produk dan perkhidmatan masa depan dan pengalaman yang memungkinkannya.Garis berirama yang tidak terputus pula menonjolkan komitmen Kia untuk membawa momen yang berinspirasi manakala bentuk simetri menunjukkan keyakinan.

Bentuk menaik adalah lambang kepada cita-cita yang meninggi dan lebih penting ialah apa yang ditawarkan kepada pelanggan.

Selain logo, Kia turut memperkenalkan slogan baharu Movement that inspires yang menggantikan The Power to Surprise.

Pelancaran logo baharu ini adalah susulan pengumuman strategi perniagaan jangka masa panjang Kia iaitu Plan S. 

Di antara objektif pelan tersebut ialah cita-cita Kia untuk mengambil posisi peneraju di dalam pasaran kereta global.

Fokus Kia ialah mempopularkan kenderaan elektrik dan memperkenalkan pelbagai khidmat mobiliti yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan citarasa individu dan juga pasaran setempat.

BACA: MODEL KIA MANA PALING LAKU PADA 2020? SPORTAGE!

BACA: KIA SORENTO PHEV TORK 350 NM! (TORK ITU PENTING)

BACA: KIA K5 UNTUK AS, MENGANCAM TAK? ADA ENJIN TURBO DAN AWD

Google ads
Back to top button