Buletin

PETRON SUMBANG PPE KEPADA HOSPITAL DI 7 NEGERI

Bagi menyokong memerangi penularan wabak COVID-19, Petron Malaysia telah menyumpang peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kumpulan barisan hadapan di beberapa buah hospital di seluruh negara. 

“Kami di Petron melakukan apa yang termampu untuk membantu melindungi kakitangan perubatan yang memerangi wabak ini demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Jadi, kami ingin menyatakan terima kasih atas khidmat dan pengorbanan mereka itu,” kata Pengurus Besar Petron, Faridah Ali. 

Petron telah menghantar PPE tersebut ke 12 buah hospital khas untuk COVID-19 di tujuh buah negeri. Hospital yang terlibat ialah Hospital Selayang, Hospital Sg. Buloh, Hospital Ampang, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Hospital Tengku Ampuan, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Hospital Tawau serta MedtweetMy.

Sumbangan itu terdiri daripada 12,000 helai gaun, 30,000 topeng muka, 60,00 pasang sarung tangan dan 2,100 penutup kasut. Ia akan menambah stok PPE sedia ada, sekali gus memberi perlindungan kepada kakitangan di hospital. 

Penyerahan dilakukan dengan kerjasama pihak MERCY Malaysia. Petron turut menyumbang kad PMiles bernilai RM500 kepada semua yang membantu memudahkan urusan penghantaran. Semua PPE itu berjaya dihantar pada 13 April lalu. 

Sebagai tanda solidariti, rakan-rakan Petron, pemilik stesen minyak, pengedar LPG dam minyak pelincir tampil membanti sejak wabak COVID-19 bermula. 

Tags
Google ads
Back to top button