PETRONAS AUTOEXPERT HARGAI JASA PETUGAS BARISAN HADAPAN. TAWAR DISKAUN SERVIS SEHINGGA 40%
Bagi menghargai pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19, PETRONAS AutoExpert kini menawarkan promosi penukaran minyak enjin dan servis kereta bermula sekarang hingga akhir tahun ini.
Promosi berkenaan menawarkan diskaun sehingga 40 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) untuk beberapa pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium melibatkan minyak sintetik penuh, semi sintetik dan mineral.
Petugas yang layak menerima promosi berkenaan ialah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Kempen sama yang kami laksanakan pada tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan. Ia dapat membantu meringankan beban serta melancarkan perjalanan mereka ke tempat kerja tanpa.
“Jadi, bagi memastikan lebih ramai petugas barisan hadapan mendapat manfaat daripada kempen ini, kami telah menambah beberapa pusat servis lain di kawasan strategik sekitar Wangsa Maju, Bandar Puchong Jaya dan Bandar Baru Bangi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Hardeep Singh.
Untuk makluman, PETRONAS AutoExpert ialah pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd (PLMMSB). Menawarkan perkhidmatan servis kenderaan yang boleh dipercayai, ia kini mempunyai 10 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Mereka yang berminat boleh membuat tempahan di cawangan PETRONAS AutoExpert berhampiran.