Buletin

PETRONAS DYNAMIC DIESEL KINI LEBIH JIMAT

Hujung minggu lalu, sekumpulan wartawan dijemput oleh Petronas untuk merasai sendiri keupayaan bahan api diesel terbaharunya menerusi perjalanan yang diberi nama DynamicXperience.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (8)

Ia melibatkan perjalanan sejauh 450 kilometer dari Damansara Jaya dan berakhir di Tanjung Jara, Terengganu.

Memandu trak pikap Nissan Navara varian V, kami berpeluang melalui gabungan pemanduan di lebuh raya, jalan kampung dan sedikit laluan off-road ketika menuju ke kawasan perkelahan air terjun Jerangkang di Maran, Pahang.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (11)

Dynamic Diesel merupakan diesel baharu yang dibangunkan oleh Petronas. Sudah mula diedarkan ke semua stesen minyak Petronas di seluruh negara sejak hujung tahun lalu, diesel tersebut ialah diesel 2M yang telah ditambah baik.

Pembangunan Dynamic Diesel telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Diesel ini mampu menawarkan penjimatan di antara satu hingga dua peratus.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (7)

“Fokus Dynamic Diesel adalah penjimatan. Pada masa yang sama, ia   berfungsi untuk membersihkan enjin dengan menghalang pembentukan deposit pada sistem pancitan bahan api.

“Selain memulihara prestasi dan kecekapan enjin, Petronas Dynamic Diesel  menawarkan proses pembakaran lebih baik. Jadi, ia dapat mengurangkan geseran enjin dan membuatkannya lebih mudah untuk dihidupkan,” kata Jurutera Bahan Api Petronas, Mohamad Hafiz Abd Aziz.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (2)

Petronas Dynamic Diesel dikatakan mencatat restorasi kuasa terbaik berbanding diesel lain ketika diuji di makmal enjin dynamometer di Eropah. Ujian tersebut menggunakan enjin pancitan terus common-rail moden.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai keupayaan sebenar Petronas Dynamic Diesel. Sebenarnya, bahan api itu dibekalkan kepada lima unit trak PETRONAS Iveco De Rooy Powerstar untuk bersaing dalam perlumbaan paling sukar dan lasak di dunia, Rali Dakar.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (4)

Selaku rakan kepada Iveco dan De Rooy, Petrona berpeluang untuk mengkaji prestasi trak-trak Powerstar dan menambah baik teknologi Dynamic Diesel, sekali gus dapat digunakan oleh orang ramai pada setiap hari.

Tunggu apa lagi? Kosongkan tangki trak pikap atau kenderaan diesel anda dan rasai sendiri penjimatan produk terbaharu Petronas ini.

Petronas-DynamicXperience-mekanika (1)

Dalam perkembangan berkaitan, Petronas bakal melancarkan diesel Euro 5 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ini pastinya berita baik untuk para pelanggan setia Petronas.

Ditanya mengenai kemungkinan Petronas menawarkan bahan api berprestasi tinggi RON100, Hafiz memberitahu pihaknya perlu melihat kepada permintaan pasaran sebelum mengambil langkah memperkenalkannya.

Google ads
Back to top button