
Motosikal
HONDA PCX ASH BLUE
Terkini Honda mengubah variasi warna skuter PCX yang bakal berada di pasaran Jepun secara rasmi pada hari ini (26 Februari 2016).
PCX dilengkapi lampu hadapan dan lampu belakang dengan ciri LED. Ini menjadikan wajah luarannya lebih bergaya. Ia dijana oleh enjin eSP 4-lejang yang mampu menghasilkan kuasa 11.6hp @ 8,500rpm dan tork 12Nm @ 5,000rpm. Kecekapan bahan api direkodkan sekitar 53.7 km seliter.
Honda menawarkan warna baharu biru (Pearl Dark Ash Blue) pada PCX. Tambahan warna itu menyertai warna sedia ada seperti perak (Matte Techno Silver Metallic), putih (Pearl Jasmine White) dan hitam (Poseidon Black Metallic).
PCX ditawarkan di pasaran Jepun pada harga 329,400 yen (RM12,213) seunit.