Buletin

PETRONAS JUMPA GAS ASLI DI PERAIRAN SARAWAK. MAMPU ALIR 50 JUTA KAKI PADU GAS SETIAP HARI

Petronas mengesahkan penemuan gas hasil penerokaan telaga penilaian Lang Lebah-2 di Blok SK410B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 80 kilometer dari perairan Sarawak.

PTTEP HK Offshore Limited IAalah pengendali untuk Blok SK410B yang bekerjasama dengan KUFPEC Malaysia (SK-410B) Limited dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS.

Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, Blok SK410B dinaik taraf dalam Pusingan Tawaran Malaysia 2015. PSC pula telah ditandatangani pada Julai 2016.

Eksplorasi telaga The Lang Lebah-2 berjaya digerudi hingga kedalaman 4,320 meter pada pertengahan Januari 2021 dengan lebih 600 meter gas bersih yang terbukti.

“Telaga ini sudah diuji. Ia mampu mengalirkan 50 juta kaki padu gas setiap hari serta mengandungi sejumlah gas yang banyak. Ini adalah pengujian penilaian untuk mengesahkan potensi kenaikan dan mempercepatkan program pembangunan,” kata Petronas.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata penemuan yang luar biasa itu menjadi testimoni terhadap lembangan Malaysia yang sangat prolifik. Selain menunjukkan potensi penerokaan yang belum dimanfaatkan, seperti yang dapat disaksikan dalam lembangan kelas dunia di luar pesisir Malaysia.

“Pencapaian ini menandakan peristiwa penting bagi pihak PSC ketika mereka terus membuat penemuan di Wilayah Luconia Tengah.

“Pada 2019, PETRONAS dan rakan-rakannya berjaya menggerudi penemuan gas yang mempunyai nilai komersial melalui telaga penerokaan pertama, Lang Lebah-1RDR2 dan kini sedang bersiap untuk pembangunan lapangan,” katanya. – Berita Harian

Google ads
Back to top button