Buletin

PETRONAS TAWAR PETROL RON95 EURO 4M DI SEMUA STESEN MULAI SEKARANG

PETRONAS kini sudah menawarkan bahan api RON95 Euro 4M di semua stesen minyaknya di seluruh negara, lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan pada 1 Januari 2020. 

Bahan api dengan spesifikasi baharu itu hanya mengandungi 50 parts per million (ppm) sulfur atau 10 kali lebih kurang berbanding petrol RON95 Euro 2M yang ditawarkan sebelum ini. Bukan itu sahaja, kandungan benzin juga dikurangkan daripada 30 kepada 3.5 peratus. 

Sementara tekanan sejatan dikurangkan sebanyak 7 peratus kepada 65kPa. Ini bermakna bahan api tersebut adalah lebih bersih kepada enjin dan alam sekitar. 

“Petrol RON95 kami telah dinaik taraf kepada standard Euro 4M di semua stesen PETRONAS sejak awal Disember lagi. Dengan naik taraf ini, para pelanggan bukan sahaja akan menikmati pemanduan yang lebih lancar, responsif dan efisien, malah lebih bersih yang mampu mengurangkan pencemaran udara. 

“Senang kata, petrol PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive bagus untuk enjin dan alam sekitar,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir. 

Tags
Google ads
Back to top button