Buletin

CARWOW BUAT LUMBA DRAG LIMA KERETA CENONET

Populariti kei car di kalangan rakyat Malaysia sememangnya satu perkara yang cukup sihat, walaupun ia tidaklah ditawarkan secara rasmi di sini.

Di atas jalan raya, boleh dikatakan banyak juga kereta kei car moden, rata-ratanya dibawa masuk oleh pihak ketiga sebagai alternatif kepada kereta marhaen Perodua bersaiz kecil itu.

Laman Carwow baru-baru ini menyiarkan video perlumbaan drag antara lima kereta kei klasik untuk tontonan anda semua, iaitu Autozam AZ-1, Daihatsu Copen, Mitsubishi Minica Dangan, Suzuki Alto Works dan Suzuki Cappucino.

Kesemua kereta ini mempunyai enjin tiga silinder sebaris 660 cc turbo, dengan kuasa puncak sekitar 64 hp sahaja.

Membezakan prestasi antara kelima-lima model tersebut sudah pasti angka daya kilas yang dihamburkan, di mana Daihatsu Copen mempunyai 108 Nm, sementara Mitsubishi pula hanyalah sekitar 75 Nm.

Konfigurasi pacuan juga adalah berbeza, di mana Copen merupakan kereta pacuan roda depan, Autozam AZ-1 dan Cappucino pacuan roda belakang, sementara Suzuki Alto dan Mitsubishi Minica mempunyai sistem AWD.

Jadi, dengan mengambil kira faktor-faktor itu tadi, bagaimana pula hasil perlumbaan suku batu antara lima model kei car ini? Video penuh anda boleh tonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button