Buletin

BYD BAKAL KUASAI PASARAN GLOBAL DALAM SEGMEN EV – GOODBYE TESLA!

BYD dijangka akan mengatasi Tesla sebagai pengeluar global terbesar dalam segmen EV sepenuhnya terutamanya mengambil kira kerjasama antara BYD dan Toyota di pasaran China.

Meskipun model perniagaan BYD, Toyota adalah berbeza pada peringkat awal syarikat, namun kini boleh dilihat bahawa Toyota antara jenama yang menguasai pasaran global dan perkara ini turut berlaku pada corak perkembangan BYD.

Jika Toyota sebelumnya menggunakan arang sebagai bahan api, BYD pula menggunakan kepakarannya dalam menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik serta hibrid plug-in yang dikenali sebagai kenderaan tenaga baharu (NEV).

Dalam tempoh enam tahun dari 1955 hingga 1961, eksport Toyota meningkat lebih daripada 40 kali ganda dan ia tidak menoleh ke belakang sejak itu. BYD pula mengambil masa 13 tahun untuk mengeluarkan NEV pertamanya sebelum berjaya memperolehi jualan sejuta pertama. Dalam masa setahun setengah, BYD telah menjual tiga juta unit kenderaan.

Selain itu, BYD beroperasi di berpuluh-puluh buah negara dan mempunyai pangkalan pengeluaran di China, Brazil, Hungary, India serta beberapa negara lain. BYD juga merupakan pengeluar bateri litium-ion kedua terbesar di dunia, di belakang CATL dari China.

“BYD telah mentakrifkan semula pembuatan auto seperti yang dilakukan Toyota,” kata ikon pelaburan Amerika dan pemegang saham terbesar BYD, Warren Buffett.

Pada 30 Januari lalu, keuntungan bersih BYD pada 2022 dianggarkan sekitar AS$2.5 bilion (RM10.7 bilion), lima kali ganda lebih tinggi berbanding 2021. Berdasarkan keuntungan ini, ia mampu mengatasi Tesla dari segi jualan dan keuntungan.

Tesla mungkin perlu melipatkan usaha berkali ganda terutama jika mahu menguasai pasaran China kerana pembuat kereta Amerika Syarikat itu sangat bergantung pada jualan di sana.

Berbeza dengan BYD, sekiranya gagal mencapai sasaran di China, mereka akan meminta bantuan daripada Toyota untuk memecahkan jualan di pasaran AS.

Buat masa ini, adalah selamat untuk mengandaikan bahawa Toyota memberi peluang serta membantu BYD dalam penjenamaan mereka.

Seperti Toyota, BYD tidak menjerit tentang kekuatannya tetapi secara senyap-senyap memberikan hasil. Itulah satu lagi perkara yang membezakannya daripada Tesla.

Google ads
Back to top button