Buletin

PEUGEOT MALAYSIA ANJUR RUMAH TERBUKA SINAR RAYA – REBUT REBAT BERNILAI RM8K, DEDAH MODEL PEUGEOT 408

PEUGEOT Malaysia mengalu-alukan untuk datang ke “Rumah Terbuka Sinar Raya” pada 20 dan 21 April ini dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Peminat jenama Perancis itu bakal menikmati rebat bernilai RM8,000 dan berpeluang memenangi “ketupat” bertuah apabila mereka memandu uji dan menempah PEUGEOT 2008, 3008 serta 5008 semasa acara berkenaan.

Selain itu, bagi menambah kegembiraan pada sambutan Raya, pengunjung boleh melihat secara lebih dekat model yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu PEUGEOT 408.

Menampilkan bahagian luar yang direka bentuk semula sepenuhnya dengan pelbagai teknologi baharu, PEUGEOT 408 serba baharu merangkumi daya tarikan tersendiri ke arah reka bentuk masa hadapan untuk kenderaan PEUGEOT.

PEUGEOT 408 didatangkan dengan tempat duduk ergonomik inovatif PEUGEOT yang diperakui oleh AGR Jerman selain, mempunyai fungsi urut terbina dalam.

Pengunjung ” Rumah Terbuka Sinar Raya” juga boleh memandu uji PEUGEOT 3008 dan 5008 serta layak mendapat “ketupat” bertuah, berpeluang memenangi sehingga RM1,000 sebagai duit raya tambahan untuk tempahan dibuat.

Promosi Sinar Raya akan berlangsung sehingga 30 April di mana pelanggan akan terus menikmati rebat sehingga RM8,000 apabila mereka membuat tempahan untuk model PEUGEOT.

Untuk menambah ketenangan fikiran, semua kenderaan PEUGEOT baharu didatangkan dengan jumlah keseluruhan waranti selama 7 tahun atau 200,000km.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Terbuka Sinar Raya, ikuti pengedar pilihan anda di Facebook atau layari www.peugeot.com.my.

Google ads
Back to top button