Buletin

JUALAN ULANG TAHUN VOLVO KE-97: REBAT TUNAI SEHINGGA RM15K, HADIAH MISTERI DAN BERPELUANG TERBANG KE GOTHENBURG, SWEDEN!

Bagi merancakkan pertumbuhan kenderaan elektrik di Malaysia, Volvo kini menyediakan tawaran menarik untuk XC40 Recharge Pure Electric dan C40 Recharge Pure Electric melalui Jualan Ulang Tahun Volvo ke-97.

Berlangsung dari 26 hingga 28 April di Sentul Depot, Kuala Lumpur atau di mana-mana pengedar Volvo di seluruh Malaysia, anda berpeluang merebut rebat tunai sehingga RM15,000 di samping promosi tambahan bagi kedua-dua model berkenaan.

Bagi meraikan ulang tahun Volvo ke-97 tahun, 97 tempahan pertama yang dibuat pada ketiga-tiga hari tersebut akan mendapat barangan, hadiah eksklusif serta hadiah misteri.

Tambahan, pelanggan yang melengkapkan pembelian mereka daripada Jualan Ulang Tahun Volvo pada bulan berikutnya turut berpeluang memenangi hadiah utama iaitu ke percutian tanah air Volvo di Gothenburg, Sweden dan melawat World of Volvo yang serba baharu.

VOLVO XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC, APA YANG MENARIK?

Sewaktu Volvo XC40 Recharge Pure Electric dilancarkan pada awal tahun 2022, sebanyak 400 unit telah dibawa masuk secara CKD dan dipasang di fasiliti pemasangan Volvo Shah Alam.

Untuk rekod, semua unit habis dijual dalam masa 3 bulan sahaja!

Menggunakan dua motor elektrik iaitu pada gandar depan dan belakang, ia menghamburkan kuasa 202hp dan tork 330Nm dengan gabungan kuasa sekitar 404hp dan 660Nm tork.

XC40 Recharge dipadankan bersama bateri Lithium Ion Nickel sebesar 78kWh, cukup untuk jarak perjalanan sejauh 418km (WLTP) dengan sekali caj.

Untuk pengecasan, XC40 EV menyokong pengecasan AC pada kadar 11 kW dengan sambungan Type 2 dan pengecasan pantas DC hingga 150 kW dengan sambungan CCS2.

XC40 Recharge dijual pada harga RM273,888 sebelum rebat. Melalui rebat RM15,000 dan promosi tambahan sempena ulang tahun Volvo ke-97, pastinya penjimatan dapat dilakukan.

VOLVO C40 RECHARGE PURE ELECTRIC 2024, 550KM SEKALI CAJ![IK1] 

SUV elektrik C40 2024 kini menerima beberapa peningkatan, antaranya menawarkan jarak gerak lebih jauh berbanding model terdahulu.

Model itu kini dibekalkan pek bateri 82kWh berbanding 78kWh sebelum ini. Ia juga menyokong pengecasan DC sehingga 200Kw.

Melalui sepasang motor di hadapan berkuasa 159hp dan 249hp di belakang,  C40 2024 berupaya menghamburkan 249hp, sekaligus memberikan output gabungan mencecah 408hp.

Lebih menarik, SUV elektrik tersebut kini menawarkan jarak gerak 550km, meningkat 100km berbanding sebelumnya.

Inilah masa tepat memiliki Volvo C40 Recharge dan ditambah pula dengan rebat sebanyak RM15,000 bahkan, kemungkinan lebih banyak diskaun diberikan serta ‘secret deals’ menanti anda!

Tawaran ulang tahun Volvo ke-97 tahun tidak berhenti disitu kerana ia juga ditawarkan pada Volvo SELEKT.

Dengan pelbagai pilihan model Volvo terpakai seperti Volvo XC90 Recharge, Volvo S60 Recharge, Volvo S90 Recharge dan model Volvo yang lain, sudah tentu ia memberikan anda lebih banyak model untuk dimiliki.

Jadi, anda boleh mendaftarkan minat melalui pautan ini bagi memastikan anda tidak melepaskan peluang tawaran hebat di acara Jualan Ulang Tahun Volvo yang berlangsung dari 26 hingga 28 April ini.


Google ads
"
"
Back to top button