Motosikal

SYM HUSKY ADV 300 2024 LANCAR DI CHINA – ENJIN 278CC, 25.5HP

Malaysia baru sahaja menerima model terbaru dari jenama SYM baru-baru ini menerusi SYM Husky ADV 150 yang dipasarkan pada harga bermula RM9,888. 

Skuter gaya ‘adventure’ itu bingkas menarik perhatian ramai ekoran menampilkan harga yang mampu milik namun dengan ciri moden dan terkini termasuk ABS dan ‘traction control’.

Namun, belum sempat kehangatan Husky ADV 150 reda, SYM telah melancarkan versi 300cc di China menerusi Husky ADV 300. 

Untuk rekod, model 2024 itu dikenali sebagai SYM ADX 300 di pasaran Eropah dan berkongsi kerangka (frame) sama dengan SYM Joyride 300.

Mengekalkan gaya ADV yang sama, Husky ADV 300 itu dikuasakan enjin satu silinder 278cc dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 25.5hp pada 8,000rpm dan 26Nm pada 6,000rpm. 

Seperti versi 150cc, model ini juga menampilkan kelengkapan terkini antaranya:

  • lampu LED
  • brek cakera dengan ABS
  • traction control
  • suspensi belakang dengan lima tahap pelarasan
  • rim 15-inci depan, 14-inci belakang
  • penghadang angin boleh laras
  • handguard

Menariknya, ketika Husky ADV 150 menawarkan panel meter digital berwarna, versi 300cc ini pula dilengkapi meter TFT selain menawarkan tangki 16L. 

Persoalannya, adakah MForce akan turut memasarkan versi 300cc ini untuk pasaran Malaysia?

Google ads
Back to top button