Buletin

RHB, EVLUTION DAN MASTERCARD LANCAR STESEN PENGECAS EVLUTION, SASAR SEDIAKAN 2,000 UNIT MENJELANG 2025

Sejajar dengan pameran RHB Green Week yang diadakan buat julung kalinya, Kumpulan Perbankan RHB (RHB), EVlution Sdn. Bhd. (EVlution) dan Mastercard, hari ini telah melancarkan Stesen Pengecas EVlution di Pusat RHB.

Pameran RHB Green Week yang dianjurkan dari 16 April 2024 hingga 18 April 2024, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ekologi, menggalakkan perubahan tingkah laku positif, dan mempromosikan gaya hidup lestari.

Acara berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook. Perasmian terbabit menandakan permulaan inisiatif EVlution untuk menyediakan 2,000 unit stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025, memudahkan akses pengguna kenderaan elektrik untuk mengecas kenderaan mereka di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.

Loke menyatakan, “Kerajaan menyokong semua inisiatif yang melengkapkan pembangunan ekosistem kenderaan hijau selaras dengan Bluprint Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.”

“Pameran RHB Green Week yang pertama dan pelancaran rasmi Stesen Pengecas EVlution di Pusat RHB hari ini adalah contoh komitmen ini, di mana kami meningkatkan kesedaran tentang amalan mesra alam, menggalakkan gaya hidup berkesedaran alam, serta menggalakkan perubahan budaya.”

“Kerjasama dan inisiatif ini adalah langkah yang nyata ke arah mempromosikan penerimagunaan EV selaras dengan Dasar Pengangkutan Kebangsaan dan menyokong matlamat negara untuk mempunyai 1.5 juta EV di jalan raya menjelang tahun 2040,” kata Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad.

Ketua Pegawai Eksekutif EVlution, Dr Jeffrey Ong berkata, “Misi kami di EVlution jelas, memberi sumbangan besar kepada landskap automotif di Malaysia dengan menyediakan penyelesaian pengecas EV terkini yang boleh diakses, boleh dipercayai, dan lestari.

“Ketika memulakan perjalanan ini, kami telah menetapkan sasaran yang tinggi untuk memasang 100 stesen pengecas EV pertengahan pertama tahun 2024 di kawasan-kawasan metropolitan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.”

“Selain itu, komitmen kami meluas bukan sahaja kepada penyediaan infrastruktur pengecas EV tetapi juga dalam proses penawaran bagi program Solar Skala Besar (LSS),” ungkap Ong.

Setakat hari ini, EVlution merupakan satu-satunya Pengendali Titik Pengecas (CPO) di Malaysia yang menyediakan sistem pembayaran tergabung bagi membolehkan pengguna membayar pengecasan EV melalui aplikasi mudah alih EVlution atau dengan menggunakan kad fizikal.

Melalui kerjasama strategik dengan RHB dan Mastercard, EVlution memperkenalkan platform pembayaran terkini yang memudahkan transaksi tanpa kesan dan memajukan penyelesaian mobiliti lestari.

“Membangunkan komuniti lestari serta mencapai komitmen Malaysia untuk pelepasan bersih menjelang tahun 2050 memerlukan usaha bersama. Kerjasama antara Mastercard dan EVlution mendorong kemajuan mobiliti elektrik di Malaysia,” kata Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard, Beena Pothen.

Selain itu, sebagai Kaedah Pembayaran Pilihan, Mastercard, bersama EVlution dan RHB, bakal menyediakan kempen menarik dengan tawaran istimewa untuk pemegang kad, yang akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Di pameran RHB Green Week yang diadakan buat julung kalinya, pengunjung boleh mempelajari cara untuk memupuk kesedaran ekologi dan menimbulkan perubahan positif.

Pameran ini menawarkan aktiviti, pertandingan, dan sumber pendidikan yang memberi tumpuan kepada tema penting seperti peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, advokasi untuk pemuliharaan tenaga, dan amalan gaya hidup lebih sihat melalui Aplikasi Mudah Alih HR Wellness.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang mempelajari tentang pemuliharaan marin di bawah inisiatif Ocean Harmoni RHB dan menemui pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kelestarian yang ditawarkan oleh RHB.

Selari dengan pameran RHB Green Week, kumpulan perbankan itu akan mengiktiraf pencapaian luar biasa beberapa pelanggan dalam kelestarian dan pelaburan termaklum dengan majlis penyampaian hadiah bagi kempen Electrify Your Trades.

Hadiah utama adalah sebuah Kenderaan Elektrik MINI Cooper SE yang mesra alam – berfungsi sebagai simbol dedikasi RHB dalam mempromosikan amalan kehidupan lestari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Stesen Pengecas EVlution, sila layari https://www.evlution.com/, dan untuk mengetahui tentang pembiayaan kenderaan hijau (EV/PHEV) RHB, klik di sini.

Google ads
"
"
Back to top button