Motosikal

PHELON & MOORE CAPETOWN 7X BAKAL MASUK MALAYSIA?

Tidak dinafikan pasaran motosikal tempatan menampakkan perkembangan yang positif selepas ekonomi negara bangkit semula dari wabak Covid-19.

Ketika ini pasaran tempatan menawarkan pelbagai jenama motosikal dari Jepun, Eropah dan terbaru, China.

Terbaru, kami difahamkan terdapat sebuah lagi jenama baharu yang akan ditawarkan di Malaysia.

*The Panthette X

Menerusi perkongsian di Facebook, jenama motosikal dari United Kingdom, Phelon & Moore Motors, ketika ini sedang giat mencari pihak yang berminat untuk menjadi pengedar eksklusif jenama itu disini.

Untuk rekod, Phelan & Moore Motors merupakan jenama yang wujud seawal 1904 sebelum terkubur pada tahun 1967. Bagaimanapun, jenama itu hidup semula pada tahun 2022 sebelum membuat debut sulung di EICMA pada November 2024 di Milan, Itali.

Ketika di EICMA, Phelan & Moore mempamerkan tiga model baharu yang terdiri dari The Capetown, The Panther dan The Panthettes.

*The Capetown 7X

The Capetown merupakan motosikal segmen adventure yang dikuasakan enjin parallel-twin 693cc DOHC yang berupaya menjana 74hp pada 8,500rpm dan 68Nm pada 6,500rpm.

Sementara itu, The Panther pula merupakan motosikal jenis cruiser yang dipacu enjin V-Twin 573cc SOHC yang mampu menghasilkan 54hp pada 8,500rpm dan 48.5Nm pada 6,500rpm.

*The Panther S

Akhir sekali, Phelan & Moore turut menawarkan skuter adventure 250cc menerusi Panthettes X. Skuter ini menawarkan 16.5hp dan 23.5Nm.

Untuk makluman, Phelan & Moore menjalinkan kerjasama dengan CFMOTO bagi membangunkan sebahagian besar model baharu antaranya Capetown 7X yang dipacu enjin sama dengan 700MT. Namun begitu, Phelan & Moore masih bertanggungjawab terhadap aspek rekaan dan kejuruteraan.

GALERI: Phelan & Moore Capetown 7X

Google ads
Back to top button