BuletinMotosikal

MEMPERKENALKAN PIAGGIO MEDLEY 150 S – PERCUMA SERVIS 2 TAHUN (DAN AKSESORI PUN FREE!!)

Pasaran skuter automatik hari ini sebenarnya sedang berkembang pesat di negara kita. Walaupun perkembangannya tidak serancak motosikal kapcai dan super-kapcai, skuter-skuter kecil berkapasaiti 125c sebenarnya mempunyai banyak pilihan di pasaran. malay, lama sejak Suzuki perkenalkan VS125 mereka pada era 90-an.

Namun zaman moden menyaksikan NMAX menguasai pasaran skuter 150cc (155cc). Padahal Honda sebenarnya lebih awal perkenalkan PCX 150 di pasaran. Kategori 150cc kemudiannya dimeriahkan lagi dengan kehadiran skuter yamaha NVX.

BACA: PIAGGIO, VESPA DAN APRILIA KINI BERSATU

Hari ini, “keluarga” 150cc dimeriahkan lagi dengan kehadiran Piaggio Medley 150 S. DIreka untuk pemanduan bandar dan juga lebuhraya pendek, Medley melengkapkan pilihan skuter kecil sebelum pembeli terjun ke arena maxi skuter.

Apa yang menarik tentang Piaggio Medley 150 S ialah tentang spesifikasi yang ditawarkan. Ia adalah yang terbaik dalam kelasnya dengan gandingan enjin150cc yang menghasilkan 15 kuasa kuda pada 7,750 rpm. Piaggio juga mendakwa, skuter ini mampu mencatat penggunaan bahanapi yang sangat baik, pada 45.9 km seliter.

Enjin ini dilengkapi sistem Start & Stop dan juga melepasi piawaian standard Euro 4. Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan sistem iBrek Anti Kekunci dua saluran (2 channel ABS brake). Ini juga satu-satunya skuter dalam kategorinya dipasangkan dengan rim 16 inci di depan (dan di belakang 14 inci).

Bentangan meternya juga klasik dengan penggunaan analog dengan tiga kolum utama.

Antara ciri yang unik lain ialah ruang bawah pelananya yang mampu memuatkan dua buah topi keledar bersaiz penuh. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pengecas USB.

Bagi pembeli 30 unit pertama, Naza selaku pengedar rasmi Piaggio akan mempakejkan Piaggio Medley 150 S dengan aksesori asli Piaggio. Ia terdiri dari kotak barangan bersama perehat sandar belakang, pelapik lantai di bahagian pemijak kaki dan yang menarik ialah percuma servis selama 2 tahun!

Harga jualan yang ditetapkan ialah RM 17,000 dan ia didatangkan standard dengan jaminan 2 tahun. Goyang juga lah tengok harga ni. Tapi macam biasa, biar pasaran yang tentukan. Memang banyak pilihan lain dalam lingkungan harga ini tapi..

dah tentu bukan jenama Itali kan?

GALERI

 

Google ads
Back to top button