Buletin

PM UMUM PAKEJ RANSANGAN EKONOMI LEBIH MENYELURUH PADA JUMAAT. ARAH PUSAT ZAKAT MAIN PERANAN LEBIH PROAKTIF

Berikutan situasi penularan waak COVID-19 yang semakin serius, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya pagi tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April.

Sudah pasti, penangguhan itu memberi kesan mandalam kepada rakyat, terutama golongan B40. Golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada pendapatan harian kini sudah hilang mata pencarian. Jadi, meneruskan kelangsungan hidup sudah tentu menjadi lebih sukar.  

Bagi menangani masalah itu, Perdana Menteri dijadual mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh.

“Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus-lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.

“Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. Insya Allah, no one will be left behind.

“Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” jelas Muhyiddin.

Beliau juga telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamd Al-Bakri supaya menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.

PM berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama. Organisasi-organisasi kebajikan boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya menyeru semua 12 organisasi kebajikan di dalam negara untuk tampol membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama dalam tempoh mencabar ini.

“The difficulties they are facing are unprecented. And I believe all of you can do something meaningful to ease their burden.

“Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul.

“Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini,” katanya lagi.

Google ads
Back to top button