Artikel Pilihan

ANAK MALAYSIA INI PANDU AE86 KE JERMAN DEMI SEBUAH CINTA…

Kata orang, cinta itu buta. Kasih sayang membuatkan orang bertindak gila. Ya, ada benarnya.

Kita dah mendengar banyak kisah pengorbanan seorang manusia kepada manusia lain. Ayah kepada anak, suami kepada isteri, anak kepada ibubapa dan banyak kisah menarik pernah berlaku hanya kerana tebalnya perasaan CINTA– cheewah!

Tapi bagaimana nak terjemahkan jika cinta anda berada nun jauh di hujung benua?

Senang. Beli tiket kapal terbang, bawak skuntum ros dan sebentuk cincin.

Tapi ini biasa sangat lah. Tak thrill.

Jadi. Hadri, seorang anak muda yang mahukan kisahnya diabadikan, ambil jalan yang susah. Beliau akan memandu sejauh 32,000 untuk melamar kekasihnya di Jerman. Dari KL ke Nurburgring!

Hadri merupakan anak muda biasa yang membesar secara sederhana cuma beliau meminati kereta. Ketika beliau ditugaskan satu projek di Eropah pada 2017, beliau menemui seorang gadis Jerman yang selama ini hanya dihubungi di laman maya.

Ketika perbezaan bahasa dan budaya menjadi halangan, kedua-dua mereka berjaya melaluinya macam kisah cinta epik dan dua tahun selepas itu, Hadri terbang ke Jerman dan membawa sekuntum ros dan sekeping surat – bukti bahawa beliau memang serius!

Tahun lepas, Hadri mula merancang untuk mengembara ke Eropah dengan kereta. Ketika itu ramai orang anggapnya sebagai idea yang gila.

Tapi beliau memang serius dan mula mengkaji jarak perjalanan, keperluan, logistik, route, mencari penaja dan juga mendapatkan Kementerian Pelancongan.

Untuk merentas banyak negara, keperluan hubungan diplomatik sangat penting untuk memudahkan beliau merentasi sempadan negara-negara berbeza dalam perjalanannya. Keperluan visa, carnet dan kebenaran masuk-keluar ke negara di laluan darat ini dibantu oleh pihak Kementerian Pelancongan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Semalam, beliau berlepas dari Putrajaya dalam satu acara yang berlangsung sederhana. Beliau dijangka akan tiba di Jerman dalam masa tiga bulan dan beiau berhasrat untuk memandu di litar ikonik Nurburging Nordschleife, salah – satunya sebab kenapa beliau nak memandu ke sana.

Anda boleh mengikuti perkembangan perjalanan Hadri di laman instagram beliau

Instagram: @ae86worldtour
https://www.instagram.com/ae86worldtour/
Website: www.ae86tour.my

KREDIT: HAYASHI86.COM

GALERI

Google ads
Back to top button