Artikel Pilihan

INILAH KERETA-KERETA TERBAIK YANG PERNAH DISUMBANGKAN JERMAN UNTUK DUNIA

Sejak Karl Benz mula menghasilkan kereta, Jerman telah memastikan usaha itu semakin berterusan seiring dengan inovasi dan teknologi yang semakin berkembang. Sehinggalah tercetusnya Perang Dunia Kedua. Namun dari runtuhan selepas Perang Dunia Kedua, Volkswagen muncul dengan Beetle mereka dan BMW menukar hala tuju daripada pembuatan enjin pesawat kepada motosikal dan juga kereta.

Audi akhirnya menjadi sebuah syarikat yang berwibawa sekitar tahun 60-an setelah menharungi pelbagai kesukaran dalam jangkamasa yang panjang. Mercedes-Benz pula muncul hasil gabungan Karl Benz dan Daimler manakala Opel pada asalnya ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan mesin jahit dan basikal sebelum mula menghasilkan kereta pada tahun 1899.

Porsche pula pada awalnya ialah sebuah syarikat perunding dan pembangunan sebelum terlibat dalam projek Beetle bersama VW dan pada tahun 1939 lahirlah kereta pertama mereka yang dinamakan Porsche 64. Itulah sedikit sebanyak tentang 5 pengeluar kereta terbesar dari Jerman. Sebenarnya banyak lagi pengeluar lain dari Jerman tetapi 5 nama syarikat yang disebutkan di atas memang mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada senario autumotif dunia.

Mari kita tengok model-model terhebat yang pernah dihasilkan syarikat Jerman untuk semua peminat dunia automotif.   

Audi Quattro

Inilah kereta yang mampu mengubah peraturan permainan, Audi Quattro. Sistem pacuan-empat-roda kereta ini direka khusus untuk perlumbaan rali pada dekad 80-an dan hasilnya ialah semua pengeluar lain terpaksa berusaha keras untuk memastikan kereta mereka mampu memintas Audi Quattro ini. Audi turut mengembangkan teknologi Quattro untuk kereta-kereta keluaran mereka sekali gus menaik taraf syarikat mereka dari pengeluar kenderaan pacuan-empat-roda kepada jenama premium.

Porsche 911

911 merupakan sebuah model keluaran Porsche yang masih mengekalkan rupa bentuk yang sama sejak 1936. Kalau suruh kami pilih 911 mana yang paling cantik memang kami tiada jawapannya kerana rupa masih sama cuma dengan sentuhan yang berbeza. Ia mempunyai pengikutnya yang tersendiri kerana keupayaan untuk digunakan setiap hari dan juga untuk berlumba di litar pada hujung minggu.

Volkswagen Golf GTI

Pada mula diperkenalkan ia sebenarnya adalah pengganti kepada Beetle tetapi dengan ejin sejukan cecair dan pacuan tayar hadapan. Tapi menariknya ia tidak menggantikan Beetle tapi masih berjaya muncul sebagai salah satu model terlaris di seleuruh dunia dan berjaya merangkul pelbagai anugerah sepanjang usianya. Golf GTI bertanggungjawab menaikkan nama hothatch dan kereta sport mampu milik sekitar tahun 80-an. Ia bukan hanya riingan malah cukup seronok dipandu dan sporty.

BMW M3

Kalau nak cerita pasal model sport yang diasaskan dari model produksi biasa, BMW adalah juara sebenar. Ia bermula dengan M3 generasi E30. Ia terus menjadi lagenda dan menempa kejayaan demi kejayaan dalam sukan motor sejak mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sejak dari itu juga setiap kali model 3-Series baru diperkenalkan ia akan disusuli dengan model M3 yang merupakan idaman ramai di seluruh dunia.

Mercedes-Benz 300 SL

Jika ada yang mengatakan jurutera Jerman berdarah dingin dan tidak mempunyai perasaan, ini dia jawapan mereka, Mercedes-Benz 300 SL. Ia merupakan merupakan sebuah hasil seni tetapi pada masa yang sama cukup cemerlang dalam dunia perlumbaan. Malah perkataan SL pada namanya juga bermaksud Super Light.

Porsche 356 Speedster

Jika 911 merupakan kebanggaan Porsche, 356 Speester pula ialah model yang membuka laluan untuk 911. Ia cukup ringan, lincah, pacuan belakang dengan enjin juga di belakang selain bergaya dan juga sporty. Ia kurang dikenali pada peringkat awal tetapi kejayaan dalam perlumbaan telah melonjakkan jualannya di serata dunia.

Mercedes-AMG GT

Rekaan moden yang diinspirasikan daripada 300 SL membuatkan kereta ini kelihatan bergaya dan anggun. Tapi perlu diingat yang ia juga mempunyai kuasa yang menakutkan di bahagian enjinnya. Kenapa tidak, ia menggunakan enjin 4.0-L turbo berkembar V8 yang dihasilkan oleh AMG yang bila digabungkan dengan casis talaan khas memang akan memalukan sesetengah supercar lain.

BMW M5

Mana lengkap senarai kereta hebat Jerman tanpa BMW M5. Ia merupakan abang kepada M3 dan dihasilkan menggunakan tangan pada kali pertama dalam tahun 1985. Ia merupakan kereta produksi terpantas ketika itu dan sama seperti M3, sebuah M5 akan muncul setiap kali generasi baru 5-Series di perkenalkan.

Google ads
Back to top button