Motosikal

TERKINI: CFMOTO 675SR-R SAH MASUK MALAYSIA 2025

Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa model serba baharu, CFMoto 500SR VOOM telah pun disahkan akan masuk ke pasaran Malaysia. 

Terbaru, kami turut dimaklumkan oleh sumber terdekat bahawa sebuah lagi model ‘sportsbike’, CFMoto 675SR-R akan turut masuk pasaran tempatan menerusi CFMoto Malaysia. 

Walaupun tarikh sebenar belum dikenal pasti namun berdasarkan penilaian kami jangkakan kedua-duanya akan dilancarkan di Malaysia lewat tahun depan. Untuk rekod, CFMoto 675SR-R dijangka akan dilancarkan untuk pasaran global lewat tahun ini.

CFMoto 675SR-R membuat penampilan sulung sebagai jentera prototaip di Litar Antarabangsa Zhuzhou, China pada September 2023. Ketika itu, model prototaip tersebut berselindung disebalik livery serba merah bagi menyembunyikan rupa sebenar. 

Bagaimanapun, CFMoto kemudiannya mempersembahkan 675SR-R Aspar Edition sebagai model ‘one-off’ sekaligus memberikan sedikit sebanyak rupa sebenar model akan datang itu. 

Model serba baharu itu kemudiannya tampil lebih jelas menerusi dokumen kelulusan terbaru yang difailkan di China. 

Menurut dokumen tersebut, 675SR-R ini dikuasakan enjin tiga silinder 674cc dengan 72mm bore dan 55mm stroke. Ini bermakna ukuran ‘bore’ dan ‘stroke’ adalah lebih kecil berbanding Triumph (73mm) dan MV Agusta (79mm). Sebelum ini, CFMoto mendakwa model baharu ini menawarkan lebih 100hp dan mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 250km/j. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan terasmuk fork depan boleh laras sepenuhnya dari KYB, swingarm aluminium, panel meter TFT, ABS, traction control dan ‘quickshifter’. 

Google ads
Back to top button