
MODENAS BUKA PUSAT SERVICE PLUS DI PANTAI TIMUR
MODENAS kini memperluas rangkaian pusat perkhidmatan lepas jualannya di Malaysia ini dengan pembukaan pusat Service Plus yang kedua di wilayah Pantai Timur.
Terletak di Kuala Terengganu, ia merupakan cawangan pusat “Service Plus” yang ke-37di negara ini yang dikendalikan oleh wakil MODENAS, DRZ Motorsport. Ia bagi memenuhi keperluan pelanggan di negeri Terengganu dan juga di wilayah Pantai Timur.
Sempena dengan pembukaan rasmi ini, MODENAS turut menganjurkan beberapa aktiviti. Antaranya termasuklah pemeriksaan perkhidmatan servis percuma untuk pelanggan MODENAS dan tunggang uji motosikal Modenas.

Pusat Servis Plus menawarkan servis dan alat ganti berkualiti tinggi kepada semua pemilik street bike seperti Modenas Pulsar NS160, NS200, RS200, Dominar 400 atau V15 dalam waktu yang lebih singkat.
Kemudahan itu turut dilengkapi semua alat diagnostik terkini untuk pelanggan di sekitar Terengganu. Jadi mereka tidak perlu keluar dari Kuala Terengganu hanya untuk melakukan servis motosikal.
MODENAS mensasarkan untuk membuka sebanyak 40 pusat Service Plusmenjelang akhir tahun ini.
DRZ Motorsport Service Plus terletak di 116C Jalan Chabang Tiga Simpang Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Ia beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (tutup pada hari Jumaat dan cuti umum) dari jam 9.00am hingga 6.00pm.