Buletin

PRESIDEN JOKOWI MENCUBA KERETA ELEKTRIK EZZY II

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini telah pun merasmikan Lebuhraya Surabaya-Mojoketro sambil mencuba kereta elektrik Ezzy II, buatan pelajar Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS).

BACA : TMS 2017 – HONDA SPORTS EV DIPERTONTONKAN KEPADA DUNIA, INILAH REALITI MASA DEPAN

BACA : ZOTYE E200 – KERETA ELEKTRIK COMEL

ITS ini adalah institut pendidikan tinggi yang berpusat di Surabaya dan telah pun ditubuhkan semenjak tahun 1957 lagi. Kehandalan para pelajar ITS ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi kerana sebelum ini mereka telah memperkenalkan kereta elektrik generasi pertama, Ezzy I.

Cumanya dengan pengenalan generasi kedua, beberapa perkara telah diberikan penambahbaikan seperti penggunaan bateri berkuasa  20 kWh. Dengan bateri yang baharu ini, dapatlah Ezzy II bergerak sehingga ke 130 km jauhnya.

Kelajuan maksimum yang bisa dicatatkan pula menjangkau 180 km/j. Laju betul bila mana kuasa maksimumnya adalah  60 Kw. Cuma yang leceh sikit adalah masa pengecasan penuh yang terpaksa menunggu sehingga 10 jam lamanya. Sebelum masuk tidur kena caj siap-siap.

Berbanding Ezzy I, walaupun menggunakan chasis yang sama, tetapi spesifikasinya jauh sangat beza. Ibarat dari Kota Betavia membawa ke Banda Aceh jauh bezanya. Ezzy I misalannya hanya mempunyai jarak pemanduan tak sempat nak sampai pejabat pun kalau dihitung jaraknya. Apatah lagi kelajuan maksimumnya nak bagitau pun macam segan. Laju lagi basikal lumba.

Ketika Presiden Jokowi mahu mencuba di kerusi penumpang, pasti beliau berasa bangga dengan keupayaan mahasiswa tempatan dalam mereka kereta. Malah Presiden Jokowi turut memberikan komen melalui Twitter rasmi, “Terus kita kejar agar segera bisa masuk ke proses di industri“.

Satu petanda positif bahawa pihak pemerintah sentiasa menyokong industri otomotif di sana. Walau pun menurut Pengarah Pusat Unggulan Iptek Sistem dan Kontrol Otomotif (PUI SKO) ITS,  Muhammad Nur Yuniarto bahawa model Ezzy II masih banyak kelemahan namun Presiden tetap memberikan reaksi positif.

Kalau dilihatkan akan rekabentuk, harus diakui bahawa ianya mempunyai rupa yang sukan yang sangat menarik dan boleh diproduksikan secara massa. Mampu menarik perhatian mata yang memandang. Jenis yang boleh jual kata orang.

Bercerita tentang perasmian yang telah dilakukan oleh Sang Presiden, Lebuhraya Surabaya-Mojoketro dengan jarak 36.1 km adalah sebahagian daripada jajaran Lebuhraya Trans-Java  yang menghubungkan Bandar Surabaya dan juga Kabupaten Mojoketro.

Kredit Foto : otomotif.kompas.com

Google ads

B K

Back to top button