Artikel Pilihan

ZOTYE E200 – KERETA ELEKTRIK COMEL

Zotye Auto sebelum ini pernah menggemparkan dunia automotif apabila bertindak meniru Porsche Macan dengan pengenalan model SR9 mereka. Namun, tahukah bahawa Zotye juga sebetulnya pernah mempunyai model EV yang tidak kurang handalnya juga, E200.

BACA : ZOTYE SR9 KLON PORSCHE MACAN

BACA : MAHINDRA E2O PLUS: KERETA ELEKTRIK KECIL YANG PRAKTIKAL

Berbicara mengenai Zotye Auto, ianya sebenarnya telah pun ditubuhkan pada tahun 2005 melalui syarikat induk Zotye Holding Group. Walau pun masih setahun jagung dalam dunia automotif, namun jumlah kenderaan yang mereka hasilkan boleh tahan banyak juga, sama ada melalui model sendiri atau copy paste.

Dan salah satu model rekaan Zotye sendiri adalah kereta elektri ini, E200. Kalau dilihatkan iras rupanya, barang kali tidak dapat dinafikan rekaannya banyak dipengaruhi daripada Smart ForTwo. Sebenarnya rekaan sebegini kalau diikutkan ramai juga yang menaruh hati. Comel, praktikal dan juga menawan.

Namun, paras rupa menawan sahaja masih tidak memadai andai spesifikasinya barai. Jadah apa body Iphone tapi guna Java, iya tak? Dipadankan dengan bateri Lithium 24.5 kWh, ianya mampu melepaskan kira-kira 80hp. Lebih dari mencukupi untuk menolak dengan laju badan kereta sekecil ini.

Kelajuan maksimum yang mampu dicapainya pula adalah melebihi 80km/j dengan jarak perjalanannya dianggarkan sehingga ke 200km. Kira memadai untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kereta elektrik bandar. Andai jarak perjalanan pergi balik ke pejabat sekitar 50km, bolehlah tahan sehingga sempat hari setiap kali caj penuh.

Memahami kehendak pengguna yang inginkan semua benda nak lekas, E200 ini turut berkeupayaan untuk mengecas dengan pantas sehingga 80% kuasa dalam tempoh 30 minit menggunakan 380V. Manakala untuk biasa-biasa, tempoh 8 jam diperlukan untuk caj penuh menggunakan 220V.

Melangkah ke ruang kabin E200 yang tersangatlah comel dan kecil ini, paling menyerlah sudah tentulah penggunaan skrin sesentuh bersaiz mega yang kelihatan sedikit canggung apabila dipadankan dengan saiz kereta.

Panel instrumen digital pula kelihatan cukup praktikal buat pemandu untuk memantau keadaan bateri kereta. Manakala butang penghidup enjin pula diletakkan bersebelahan dengan alat kawalan brek yang memberikan efek eksklusif terhadap model EV ini.

Tempat duduk ngam-ngam untuk pasangan buat pergi ulang alik ke pejabat. Jadilah kan. Ada sedikit ruangan di bahagian belakang, buat usung bawa balik barangan online yang dihantar ke alamat pejabat. Biasa buat kan?

Pada aras harga Yuan 70,000 (RM43,185) ianya kelihatan cukup mampu milik buat rakyat 1China untuk memilih kereta EV. Sesungguhnya, walau pun berapa banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap barangan buatan China, teknologi mereka sebenarnya jauh meninggalkan kita yang banyak bunyi tak sudah-sudah ini.

Kredit Foto : PCauto.com.cn

Google ads

B K

Back to top button