;
Buletin

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA PETRON – JALIN KERJASAMA DENGAN HONDA, BOSCH & MICHELIN

Petron memulakan kempen pemeriksaan keselamatan kereta terbesarnya di lebih banyak stesen minyak. Usaha ini bagi memastikan jalan raya yang lebih selamat sempena musim perayaan dan cuti panjang tidak lama lagi. 

Inisiatif Petron ini disokong oleh Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive Aftermarket yang menyediakan pemeriksaan untuk semua jenis kenderaa secara percuma di stesen minyak Petron terpilih. 

Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani menyatakan bahawa keselamatan sememangnya menjadi keutamaan Petron.

Pihaknya ingin membantu memastikan kenderaan selamat untuk perjalanan jarak jauh. Pemeriksaan keselamatan kenderaan yang mudah dapat membantu mencegah kemalangan dan menyelamatkan nyawa.

Petron bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi automotif yang berkongsi nilai yang sama. Melalui kerjasama strategik, mereka dapat menjangkau lebih ramai pemandu dan membantu meminimumkan kemalangan jalan raya, terutama pada musim perayaan.

“Kejayaan Program Keselamatan Jalan Raya Petron yang kini telah masuk tahun ke-7, tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan kongsi utamanya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. 

Sempena musim perayaaan kali ini, Bosch Automotive Aftermarket akan menyediakan pemeriksaan keselamatan kereta terperinci.

Ini termasuklah kondisi bateri dan wiper kereta selama 5 minit bagi semua jenis kenderaan di 5 stesen Petron yang terletak di kawasan Lembah Klang dari 18 hingga 19 Mei dan 25 hingga 26 Mei, eksklusif untuk pelanggan Petron. 

Menerusi kerjasama dengan Honda Malaysia, Petron menawarkan perkhidmatan 32 poin pemeriksaan kenderaan di 6 stesen minyak. Pelanggan juga boleh mendapatkan tayar Michelin di 15 stesen minyak Petron bagi memastikan tayar mereka selamat sebelum memulakan perjalanan.

Sewaktu musim perayaan tahun lalu, Petron telah menjalankan 20 pemeriksaan keselamatan kereta di stesennya ke atas lebih 3,800 buah kereta. 

Program ini selaras dengan misi Petron untuk meningkatkan tabiat keselamatan jalan raya ayng positif di kalangan pengguna jalan raya. Untuk senarai penuh stesen minyak Petron yang terlibat, sila rujuk pautan ini.

Tags
Google ads
Back to top button