Buletin

TOYOTA AVANZA FACELIFT 2019 – LAMPU MACAM VELLFIRE, ENJIN 1.5L, BERMULA RM81K

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Avanza 2019 sudah dibuka di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. 

Avanza facelift didatangkan dalam tiga varian iaitu Avanza 1.5E, Avanza 1.5S dan Avanza 1.5S+. Varian Avanza 1.5G tidak lagi diteruskan, manakala varian Avanza 1.5S+ menggantikan Avanza 1.5X.

Harga Avanza (tidak termasuk insurans) adalah seperti berikut: 

Avanza 1.5E – RM80,888; 
Avanza 1.5S – RM83,888
Avanza 1.5S+ – RM87,888. 

Pelanggan diberi empat pilihan warna iaitu merah, perak putih dan hitam metalik. 

RANGKAIAN KUASA 

Avanza dikuasakan oleh enjin 2NR-VE  empat selinder 16 injap DOHC bersesaran 1.5 liter dengan Dual VVT-I yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Ia mampu menjana kuasa maksimum 105PS dan tork 136Nm pada 4,200rpm.

LUARAN 

Penampilan luaran Avanza kini menerima perubahan yang cukup ketara. Lampu utama LED dua lapis dengan kemasan warna badan menyerlahkan sisi sporty MPV ini. Bahagian bawah bampar hadapan dipasang lampu kabus untuk pencahayaan lebih baik dalam cuaca buruk.  

Lampu Bi-LED bukan sahaja membuatkan wajah Avanza lebih garang, malah menawarkan tahap pancaran vahaya lebih terang, tahan lasak dan kurang penggunaan tenaa.  

Garis-garis tajam dapat dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan, sisi dan belakang. Antena jenis shark, fin, cermin sisi kuasa boleh laras/lipat dan kemasan krom turut dipasang. Bunyi angin telah dikurangkan dengan cara membentuk semula perumah cermin sisi. 

Memandangkan negara ini sering dilanda hujan, Avanza mempunyai mode berkala pada pengelap cermin hadapan dan belakang.

Pengelap cermin hadapan beroperasi berdasarkan kepada lekajuan kenderaan. Sementara pengelap cermin belakang pula akan diaktifkan sebaik sahaja gear undur dimasukkan (jika ppengelap cermin hadapan digunakan).  

Semua varian MPV ini menggunakan rim aloi ringan bersaiz 15 inci dengan rekaan berbeza. Misalnya dua tona untuk varian Avanza 1.5S dan 1.5S+.

RUANG KABIN 

Avanza generasi baru yang dilancarkan pada 2015 sudahpun hadir dengan kualiti material yang lebih baik. Justeru, model tahun 2019 ini ditingkatkan lagi demi memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua.  

Antara penambahbaikan yang dibuat ialah papan pemuka dua tona, tempat duduk fabrik berwarna hitam dengan kemasan merah. Bahagian papan pemuka juga diberi kemasan krom agar kelihatan lebih premium.  

Semua varian MPV ini menggunakan sistem pendingin hawa digital yang lebih efisien dan mesra pengguna. Sistem itu merangkumi penapis udara untuk kualiti udara yang lebih sihat. 

Aspek ketersambungan dipertingkatkan dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto (Avanza 1.5S+ sahaja). Manakala paparan TFT bersaiz 6.75 inci menawarkan sentuhan yang intuitif. 

Avanza 1.5S and 1.5S+ kini mempunyai kluster meter dengan garis merah untuk kelihatan lebih sporty. Bagi Avanza 1.5E, rekaan meternya menggunakan warna biru. 

Operasi sistem audio boleh dibuat menerusi butang pada stereng (Avanza 1.5S/1.5S+). Ciri-ciri kemudahan yang lain termasuklah ruang untuk meletak cermin mata hitam (Avanza 1.5S/1.5S+), dua port USB dan banyak lagi.  

KESELAMATAN 

Avanza 1.5S+ dilengkapi sistem Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert (BSM + RCTA) sebagai ciri standard. BSM + RCTA membantu pemandu mengelak daripada berlakunya pelanggaran dengan kenderaan lain. 

Dua varian lagi didatangkan dengan alat pengesan ketika mengundur dan dua beg udara. Kamera undur menjadi ciri standard untuk Avanza 1.5S+ dan pilihan bagi Avanza 1.5E.

AKSESORI 

Pelanggan Avanza 1.5S+ akan menerima unit perakam video digital (DVR) secara percuma dan DVR belakang boleh dibeli secara berasingan. 

Anda juga boleh mendapatkan monitor siling bersaiz 8 inci yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. Monitor yang menawarkan imej beresolusi tinggi itu dipadankan dengan sistem audio AVX.

Tags
Google ads
Back to top button