Buletin

PROGRAM SKOR PERODUA

Perodua dengan usahasama Unit Pendidikan Berita Harian telah membantu melengkapkan persediaan 360 pelajar di sekitar kawasan Hulu Selangor bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PMR.

“Program ini merupakan satu lagi initiatif Perodua bagi menyumbang kepada masyarakat tempatan. Ia bagi memastikan anak-anak Hulu Selangor cemerlang apabila menghadapi peperiksaan kelak,” kata Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Perodua, Sulasi Hj. Mahadi.

pix 2

Program bimbingan pelajaran dan peperiksaan itu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, untuk para pelajar yang menduduki PMR dengan program diadakan pada September lepas. Sementara program bagi pelajar SPM pula berlangsung pada 19 sehingga 20 Oktober lalu.

Dalam program yang diberi nama SKOR SPM itu, tenaga pengajar memfokuskan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Seramai  180 pelajar yang bakal menghadapi SPM telah mengambil bahagian dalam program bimbingan ini.

Bagi program untuk PMR pula, seramai 180 pelajar telah mengambil bahagian. Tenaga pengajar memfokuskan kepada 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button