Buletin

MITSUBISHI PAJERO SPORT VGT & GL

Pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini memperkenalkan secara rasmi model Pajero Sport VGT dan GL yang telah dipertingkatkan.

CEO of MMM Mr. Tetsuya Oda with Pajero Sport VGT

Bagi mengukuhkan lagi rangkaian model SUV, kedua-dua model itu hadir dengan beberapa ciri premium dan bergaya. Bahagian luaran Pajero Sport VGT dan GL dipasang bampar serta gril rekaan baharu. Rim aloi bersaiz 17 inci (16 inci untuk Pajero Sport GL). Varian baharu itu juga hadir dengan perumah lampu belakang berwarna jernih, cermin sisi bersama indicator dan roof rail sebagai ciri standard.

Menjengah ke ruang kabin, Pajero Sport VGT dan GL dilengkapi tempat duduk dibalut kulit. Meter RV memaparkan maklumat pemanduan berguna seperti purata kelajuan, jarak dan penggunaan bahan api. Sistem pengesan hujan dan lampu automatik kini menjadi ciri standard.  

Front Airbags

Didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, perak, putih dan coklat, Pajero Sport VGT ditawarkan pada harga RM172,211 seunit. Sementara Pajero Sport GL pula berharga  RM151,277 (di atas jalan tanpa insurans). Pelanggan juga akan menerima jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Selain pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

“Pajero Sport nyata diterima baik di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2009. Tahun lalu, kami menjual sebanyak hampir 1,300 unit. Kini terdapat 5,000 unit Pajero Sport di Malaysia. Di seluruh dunia, model ini mencatat jualan kumulatif sebanyak 200,000 unit. MMM mensasarkan untuk menjual 2,000 unit  Pajero Sport VGT dan GL setiap tahun di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda.

Exterior Diagonal

Pajero Sport VGT dengan kapasiti tujuh tempat duduk itu dijana oleh unit enjin diesel 2.5 liter berkuasa 178PS @ 4,000rpm dengan tork maksimum 350Nm. Ia juga dipasang sistem pacuan Super Select 4WD dengan pilihan pemanduan 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc.

Sementara Pajero Sport GL pula menggunakan enjin diesel 2.5 liter berkuasa 136PS @ 3,500rpm dan tork puncak 314Nm.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button