Buletin

PROMOSI AIDILFITRI TOYOTA – REBAT TUNAI SEHINGGA RM5,000! 

Raikan Hari Raya dengan Toyota menerusi promosi jualan Toyota Aidilfitri Drive yang membolehkan anda lebih berjimat. 

Sepanjang tempoh promosi bermula 1 hingga 30 Jun 2017, rebat tunai sehingga RM5,000 akan diberikan kepada model-model seperti Toyota Corolla Altis, Camry, Sienta, Innova, Vios, Hilux (varian terpilih), Fortuner dan Avanza.

Toyota Corolla Altis dan Vios turut didatangkan dengan pakej aksesori secara percuma bernilai RM5,700 dan RM4,000. Khas untuk Vios, terdapat ciri Panoramic View Monitor yang pertama diperkenalkan dalam segmennya.

Mereka yang membeli Toyota Vios juga akan mendapat rebat duit Raya tambahan sebanyak RM500. Semua tawaran itu adalah untuk varian terpilih, serta tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

Semua model Toyota hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali Hilux, perbatuan maksimum 150,000km). Jaminan boleh dilanjutkan kepada pemilik seterusnya.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my

Google ads
Back to top button