Buletin

PROMOSI FORD RANGER XLT. JIMAT SEHINGGA RM9K

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan Promosi Varian Ford Ranger XLT dengan tawaran penjimatan bagi XLT, XLT Plus dan XLT Edisi Khas dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2020.

Para pelanggan yang mahu membawa pulang Ford Ranger XLT Plus boleh merebut peluang penjimatan sebanyak RM7,188. Sementara pelanggan yang inginkan Ford Ranger XLT Edisi Khas pula boleh menikmati penjimatan sehingga RM8,000. Pnjimatan sebanyak RM9,000 pula ditawarkan untuk varian XLT.

Ford Ranger XLT berupaya menawarkan tenaga sehingga 160PS dan tork 385Nm. Ini membuatkannya sesuai untuk pelanggan yang mahukan sesuatu yang lebih lasak dan urusan peribadi.

Varian XLT Edisi Khas melibatkan penambahbaikan seperti paparan skrin sentuh 9-inci dengan Kamera Undur, fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, YouTube, Waze dan Google Chrome.

Ia juga didatangkan dengan Tonneau Cover dan pelekat sisi yang bergaya.

Ford Ranger XLT Plus menggunakan enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Ia menjanjikan kuasa mencecah 180PS dan tork 420 Nm.

Varian itu didatangkan dengan pelbagai ciri seperti sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup dan easy Lift Tailgate. Ia boleh menjadi pilihan terbaik bagi pelanggan yang sukakan aktiviti luar dan melakukan hobi seperti berbasikal, berkhemah dan berkayak.

Ford Ranger XLT Edisi Khas didatangkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam.  Ford Ranger XLT dan XLT Plus pula boleh didapati dalam warna aluminium metallic, biru, putih, magnetic dan hitam.

Tags
Google ads
Back to top button