Buletin

SOCAR DAPAT PELABURAN BARU BERJUMLAH RM76 JUTA

Aplikasi perkongsian kereta Nombor 1 di Malaysia, SOCAR Mobility Malaysia (SMM) berjaya mengumpul modal baru berjumlah AS$18 juta pada penilaian AS$118 juta daripada Eugene Private Equity Co. Ltd. dan KH Energy Co. Ltd. melalui aktiviti pendanaan Siri A syarikat berkenaan.

Suntikan modal ini, yang pertama kali dilakukan oleh kedua-dua syarikat berkenaan ke dalam SOCAR Malaysia, meningkatkan jumlah pembiayaan SOCAR setakat ini kepada AS$40 juta dan bakal memacu pengembangan SOCAR di Asia Tenggara.

“Kami sangat berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi baru yang menyokong kami dalam usaha membawakan mobiliti multiflex kepada masyarakat Asia Tenggara. Pelaburan oleh Eugene Private Equity Co. Ltd. dan KH Energy Co. Ltd. membuktikan keyakinan mereka terhadap model perkongsian kereta kami, barisan pengurusan perniagaan ini serta pelan pengembangan kami ke negara-negara lain di masa depan.

“Keyakinan kami terhadap mobiliti guna sama sentiasa utuh dan kami berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan kerana menyokong gerakan multiflex ini. Dengan adanya dana tambahan berkenaan, kami menyasarkan untuk menambahbaik platform teknologi kami dan membawakan perkhidmatan kami ke bahagian-bahagian lain di Asia Tenggara,” kata Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia.

Modal baru AS$18 juta tersebut akan disalurkan ke arah penambahbaikan teknologi dan pengukuhan pertumbuhan serta kedudukan SOCAR di Malaysia dan pengembangan ke negara-negara baru menjelang suku ke-4 2020.

“Dengan adanya modal tambahan ini, pengguna SOCAR bakal menyaksikan penambahbaikan baru di masa depan, termasuklah pengalaman pengguna yang lebih lancar ketika menggunakan aplikasi, mod baru perkongsian kereta, penambahan pilihan pembayaran dan proses pendaftaran serta kelulusan lesen yang lebih pantas untuk pengguna baru. Sasaran utama kami ialah menjadi bukan sekadar penyedia kereta kepada pengguna multiflex kami, dengan menawarkan mod baru perkongsian kereta
kepada mereka, seperti perkhidmatan perjalanan sehala dan SOCAR2U kami,” tambah Leon.

Perkhidmatan SOCAR ketika ini boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan yang terbaru di Ipoh. Setakat ini SOCAR mempunyai sebuah flit 2,000 kereta yang terdiri daripada 27 model
berbeza di lebih 1,000 lokasi.

SOCAR berazam untuk mengembangkan perkhidmatan ke negeri-negeri
lain di Malaysia dalam masa akan datang yang terdekat.

Tags
Google ads
Back to top button