Buletin

NISSAN JUAL KEI-KAR ROOX BAHARU DI JEPUN MULAI MAC 2020

Nissan Motor Co. dilapor akan melancarkan kei-car Roox ke pasaran Jepun pada 19 Mac depan. Ia menjadi model pertama Nissan selepas setahun.

Kemelut jualan dan kes mahkamah yang dihadapi Nissan nyata melambatkan proses pembangunan model-model baharu.

Nissan merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model baharu selepas Roox. Pengeluar kenderaan Jepun itu mensasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 8,000 unit Roox sebulan.

Disasarkan kepada pelanggan yang sudah berkeluarga, jentera itu disifatkan sebagai sebuah wagon tingggi. Ia bakal bersaing dengan Honda N-Box dan Daihatsu Tanto.  

Dikuasakan oleh enjin 660cc, Roox baharu dikatakan lebih luas berbanding model terdahulu, Dayz Roox. Kei-kar itu dilengkapi sistem Intelligent Mobility yang terdiri daripada ciri ProPilot.

ProPilot berfungsi mengurangkan keletihan jika terpaksa memandu dalam tempoh yang lama. Ciri Forward Collision Warning pula membantu pemandu mengelak daripada melanggar objek di hadapan.

Wajah Roox diserlahkan dengan kemasan krom V-Motion yang diapit oleh sepasang lampu LED adaptif.  

Masuk ke ruang kabin kini lebih mudah dengan pintu gelongsor. Selesa untuk membawa empat orang penumpang, Roox dipasang dengan tempat duduk Zero Gravity Nissan.  

Varian Highway Star Series dilengkapi ciri ‘SOS Call’ yang berfungsi membuat panggilan secara automatik jika berlaku kemalangan.

Google ads
Back to top button