Buletin

PROMOSI NAZA CHEVROLET

Masih belum terlewat dari Naza Quest, pemegang francais kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia telah melancarkan promosi tahunan Chevrolet Raya dan Kempen Raya Drive Safe pada awal Julai lalu.

Chevrolet-Cruze-Sport-mekanika  (5)

Promosi ini sebenarnya telah bermula sejak 26 Mei yang lalu hingga 31 Julai akan datang membabitkan model Cruze dan Orlando dengan rebat tunai sehingga RM,8,888 atau 5 tahun servis percuma/100,000 kilometer batuan yang mana terdahulu.

Bagi model Colorado dan Colorado Sport pula, pemilik bakal mendapat rebat tunai sehingga RM3,000. Chevrolet didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun bergantung kepada model

KEMPEN PANDU SELAMAT CHEVROLET 

Turut dilancarkan ialah promosi Pandu uji dan Menang yang bermula pada 26 Mei hingga 15 Ogos. Pelanggan yang memandu uji atau menyelenggara kereta Chevrolet di pusat servis Chevrolet berpeluang memenangi cabutan bertuah setiap bulabnXiaomi Xiaoyi Action Cam Shocking Package (Yi Camera + Selfie + sarung kalis air), kamera perakam DVR Full HD dan jersi eksklusif Adidas Manchester United.

Sementara itu, hadiah utamanya akan diumumkan pada penghujung promosi dengan pakej pelancongan ke Hong kong untuk 2 orang termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Untuk maklumat lanjut hubungi  1-800-2-CHEVY (24389) atau www.chevrolet.com.my. Ikuti Chevrolet Malaysia Facebook danatau @Chevrolet_MY Twitter serta Instagram untuk promosi terkini Chevrolet Malaysia.

Google ads
Back to top button