Buletin

FORD EVEREST: DIREKA UNTUK LALUAN EKSTREM

SUV premium tujuh tempat duduk, Ford Everest nyata menonjol berbanding yang lain menerusi pelbagai teknologi terkini, sistem keselamatan ekstensif dan rekaan menarik.

Ford-Everest-extreme-mekanika (4)

Everest dibangunkan untuk meneroka persekitaran paling ekstrem di dunia dengan mudah. Pada masa yang sama membolehkan anda dan penumpang menikmati perjalanan luar biasa dengan yakin.

Ford-Everest-extreme-mekanika (7)

Terrain Management System (TMS)

Dengan menggunakan ciri Terrain Management System (TMS), pemandu boleh mengubah suai karekter kenderaan.

TMS menawarkan kawalan optimum, walaupun di permukaan off-road yang paling mencabar dengan empat tetapan laluan pintar: normal, salji/berbatu/rumput (snow/gravel/grass), pasir (sand) dan batu (rock).

Ford-Everest-extreme-mekanika (2)

Mode normal ditala untuk pengalaman terbaik memandu di atas jalan raya biasa. Ia menghantar kuasa tork ke roda hadapan apabila perlu bagi meminimumkan potensi tayar tergelincir. Mode salji/berbatu/rumput pada Everest pula mengekalkan cengkaman di atas permukaan jalan yang licin atau lembut.

Mode pasir membantu pemandu mengekalkan momentum ketika memandu di jalan berpasir. Ia menyediakan agihan kuasa tork yang agresif dan pendikit menjadi lebih sensitif. Manakala mode batu berfungsi dengan pacuan empat roda rendah untuk memberikan cengkaman maksimum dan membantu anda menempuh laluan off-road yang ekstrem.

Ford-Everest-extreme-mekanika (10)

Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS)

EPAS mengubah suai tahap bantuan stereng berdasarkan kepada kelajuan kenderaan, sudut stereng, tenaga ketika membelok dan pecutan.

Ini memberikan Everest rasa stereng yang ringan pada kelajuan rendah seperti hendak memarkir kenderaan. Stereng kemudian berasa lebih berat dan tepat apabila kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi.

Sebagai tambahan, sistem EPAS juga membolehkan sejumlah teknologi pintar seperti Lane Keeping Aid, Active Park Assist, Pull Drift Compensation dan Active Nibble Control diaplikasikan. Di samping membuatkan kenderaan ini lebih efisien.

 Ford-Everest-extreme-mekanika (1)

Memastikan Anda Tidak Tersasar

Ciri Lane Keeping Aid membantu pemandu kembali ke laluan yang betul sekiranya kenderaan dikesan terkeluar dari garis jalan. Situasi ini dikesan menggunakan kamera pada bahagian hadapan, bagi memastikan pemandu kekal selamat.

Ciri ini tidak akan diaktifkan apabila lampu isyarat membelok digunakan, terutama jika ia mengesan penukaran haluan yang pantas atau pemandu memecut laju. Sebagai alternatif, ciri ini boleh dinyahaktif secara manual oleh pemandu.

Ford-Everest-extreme-mekanika (9)

Dengan begitu banyak alat pengesan dan teknologi bantuan pemandu yang canggih, Ford Everest serba baharu juga menawarkan keupayaan mengharung air sehingga 800mm dan tahap kelegaan tanah mencecah 225mm.

Ditawarkan pada harga bermula RM198,888 di atas jalan tidak termasuk insurans dan Semananjung  Malaysia dan RM201,888 di Malaysia Timur, Everest serba baharu didatangkan dalam empat warna: merah, putih, hitam dan perak.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/suvs/all-new-everest.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button