Buletin

PROMOSI SERVIS PERCUMA 2 TAHUN UNTUK RANGER WILDTRAK & RAPTOR

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan dan servis sempena hujung tahun dan perayaan yang bakal tiba.

Bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020, pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km (yang mana-mana dahulu), hadiah bernilai RM2,000 dan payung golf Ford Performance yang eksklusif.

Ranger WildTrak turut didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi ini.

Lebih menarik lagi, SDAC menawarkan beberapa promosi penyelenggaraan untuk pemilik Ford. Ini termasuklah pemeriksaan kenderaan 27- poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah.  

Anda juga boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan minyak enjin untuk model-model tertentu. Penjimatan sebanyak 10 peratus untuk upah bagi pakej-pakej pelincir, brek dan talisawat pemasa (timing belt) bagi untuk model-model terpilih turut ada ditawarkan.

Pelanggan yang membayar secara tunai dengan perbelanjaan RM350 ke atas dalam satu resit akan menerima set kutleri yang eksklusif. Semua pelanggan penyelenggaraan juga menerima paket ‘Ang Pao’ Ford.

Ranger yang lain didatangkan dengan waranti penuh pengeluar untuk tiga tahun atau sehingga 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Untuk info lanjut tentang Ford, sila layari www.sdacford.com.my   

Google ads
Back to top button