Buletin

PROTON AKAN SERAP SST PADA SEPTEMBER, CATAT JUALAN 9,501 UNIT SEPANJANG OGOS

Proton hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyerap Cukai Jualan dan PerKhidmatan (SST) untuk semua model yang dibeli sepanjang September. Ini bagi membolehkan pelanggan mendapatkan kereta Proton dengan harga tanpa cukai.

“Sementara menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SST, Proton akan menyerap kos SST tersebut ke atas semua model. Inisiatif ini juga akan membantu kami mengekalkan momentum jualan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa.

Selain menyerap SST, Proton menawarkan diskaun sebanyak RM500 hingga RM1,000 untuk model Saga, Iriz, Persona dan Proton Ertiga Xtra.

Dalam perkembangan berkaitan, Proton mengumumkan bahawa ia mencatat jualan bulanan paling tinggi sepanjang tempoh 36 bulan pada Ogos lalu dengan 9,501unit, meningkat sebanyak 11.7 peratus berbanding Julai.

Saga menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dan memecah rekod jualan sebanyak 4,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 4,174. Manakala, Persona hampir mencapai jualan 3,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 2,957 unit sepanjang Ogos.

Pertambahan cawangan 3S dan 4S

Sempena pelancaran SUV pertama Syarikat dijangkakan pada hujung tahun ini, Proton telah melancarkan pelan untuk menambah baik rangkaian cawangan serta pengedarnya dengan kemudahan 3S dan 4S.

Sehingga 20 Ogos 2018, sebanyak 96 cawangan (baharu dan ubahsuai) sudah mendapat kelulusan naik taraf. Jumlah sasaran kelulusan adalah sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.

Ada di antara mereka komited untuk menjual lebih 2,000 unit kereta setahun. Sasaran itu mampu dicapai kerana model SUV serta produk akan datang yang dihasilkan bersama Geely hanya dijual secara eksklusif oleh pusat 3S dan 4S Proton.

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button