Buletin

PROTON EXORA FACELIFT 2015

Proton Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan model facelift MPV keluarannya, Exora.

proton-Exora-facelift-2015-mekanika (3)

Proton juga mengumumkan satu varian baharu dikenali sebagai Proton Exora Super Premium (SP) yang menggantikan varian Prime.

Dengan enjin lebih berkuasa (turbo 1.6 liter) untuk varian SP, Premium dan Executive, Proton juga menaik taraf aspek keselamatannya. Jadi, varian Premium dan SP kini dilengkapi empat beg udara, Electronic Stability Control (ESC) dan lampu nyalaan siang (DRL) untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Selain itu, Exora baharu turut menerima tingkap kuasa pada bahagian hadapan dan belakang, kemera undur serta cermin pandang belakang dengan imej ketika mengundur pada semua varian.

Stereng Exora kini telah dibalut kulit, kemasan baharu pada konsol tengah, tempat duduk ergonomik, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang dan lampu belakang yang digelapkan untuk penampilan lebih sporty. Varian Premium dan SP pula ditambah dengan ciri kawalan jelajah, suis kawalan audio pada setereng serta pemain DVD.

proton-Exora-facelift-2015-mekanika (2)

“Biarpun dengan semua penambahbaikan ini, kami ingin mengumumkan bahawa harga Exora telah diturunkan sebanyak 5.8 peratus atau RM4,710 untuk varian-varian terpilih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Pengurangan harga adalah seperti berikut (untuk Semenanjung Malaysia, warna metalik):

Varian

Daripada

Kepada

Perbezaan

Super Premium

RM 85,988

RM 81,888

RM 4,100

Premium

RM 80,598

RM 75,888

RM 4,710

Exec CVT

RM 69,988

RM 66,888

RM 3,100

Std AT

RM 62,988

RM 59,888

RM 3,100

Std MT

RM 59,988

RM 56,888

RM 3,100

proton-Exora-facelift-2015-mekanika (1)

Varian baharu Exora sudah dibuka untuk tempahan. Unit pandu uji ialah varian Premium, manakala varian SP boleh dilihat di bilik-bilik pameran terpilih Proton.

Exora didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, coklat, kelabu, perak dan hitam. Sementara biru dan kelabu (Indiana Grey) menjadi warna baharu MPV tersebut.

Sejak dilancarkan pada tahun 2009, sebanyak 128,824 unit Exora telah terjual.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button