Modifikasi

PROTON PUTRA MIVEC

Kereta ini dilancarkan pada waktu yang salah. Walaupun ia didatangkan dengan spesifikasi yang bagus, tetapi waktu itu adalah kegawatan ekonomi Asia paling teruk sejak Malaysia merdeka.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (12)

Kalau anda perasan, masa inilah rombakan dibuat pada sistem jualbeli kenderaan sebab nak selamatkan Proton supaya orang boleh beli kereta. Pinjaman dari 5 tahun dinaikkan kepada 7 dan kemudian sehingga 9 tahun.

Kadar faedah juga melampau murahnya iaitu 3 peratus. Terima kasih Proton dan Bank Negara Malaysia yang mengeluarkan pekeliling baru. Akhirnya, polisi ini menyebabkan jalan raya hari ini sesak dengan terlalu banyak kereta.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (11)

Baiklah. Proton Putra boleh dikategorikan sebagai mahal ketia ia dikeluarkan. Tetapi kalau dibandingkan spesifikasi dengan harga, ia memang berbaloi dibeli. RM70,000 pada masa itu boleh dapat coupe Asti enjin 1.8 DOHC dengan casis yang cukup bagus kalau bandingkan dengan Civic EG 1.3 pekak.

Selepas Putra, Satria GTi menyambung legasi itu dan mengangkat nama Proton tinggi sikit darjatnya kalau nak bandingkan teknologi penggantinya yang entah apa-apa,  tengok Savvy tu, choiii!!!

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (3)

Jalan singkat untuk melajukan sebuah Putra ialah sumbatkan enjin GSR. Tak payah pening kepala sebab mounting semua sama. Tapi itu kerjanya mainstream sangat, terlalu biasa dan tak ada cabaran. Sedangkan pemilik Putra ini mahukan satu benda lain, cuba dulu, kalau gagal pun puas hati katanya. Jega memilih untuk me-MIVEC-kan enjin asalnya.

Tidak semudah ikat cylinder head saja, enjin asal 4G93 NA ini dikeluarkan dulu. Bebola galas utamanya diperkuatkan dengan ganti unit daripada KING. Sekarang, conrod dan bearingnya lancar tanpa takut masalah tersedak yang boleh menyebabkan jem. Kepala selinder asal 4G93 ditanggal dan digantikan dengan head 4G92 MIVEC.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (4)

Jadi masalahnya sekarang ialah nak pastikan Air Fuel Ratio kombinasi baru ini tepat. Tak dilupakan juga fungsi lobe ke 3 head Mivec tadi. Jega memilih sistem pendawaian baru dari ECU Link G4.

Masa saya main kereta tahun awal 2000 dulu, Link Management memang top, tapi sekarang dah senyap. Ia buatan New Zealand dan diakui antara ECU paling berkesan untuk enjin kawin. Orang kata senang nak tune, orang kata lah. Kereta saya guna carb mana saya tau.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (8)

Fasa kedua ialah menambah peralatan sekunder yang perlu untuk menyokong enjin ni. Plenum lama telah digantikan dengan intake Super90. Funnel anginnya pula disambung terus ke paip stainlees steel ke bahagian lampu depan, pasang jaring tapis santan pun dah cukup, lagi segar udara lebih bagus.

Komponen lain yang dipasang ialah pam bahan api Walbro dan plug NGK. Kotak gear asal 1.8 ni dirojakkan dengan custom ratio dan dipasangkan dengan pelapik klac perlumbaan D&D house brand Drag n Drift) sekarang dah ada versi loceng lagi, jauh lagi murah daripada OSGiken.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (16)

Sistem suspensi diperbaiki dengan menukar arm belakang jenis aloi. Ringan dan kukuh kemudian disambungkan dengan set suspensi boleh laras GAB buatan Jepun. Brek hadapan ditingkatkan dengan brek GSR turbo. Manakala brek belakang tidak diusik.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (10)

Fokus utama kereta ini adalah untuk mencatat kuasa kuda dan kepantasan di trek. Projek belum siap sepenuhnya, tapi boleh nampak matlamat mengurangkan berat apabila semua barang tak perlu ditanggalkan.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (6)

Tinggal papan pemuka, tempat duduk pemandu dan kulit pintu waktu gambar diambil. Hari-hari lain, kadang-kadang menyamar jadi kereta on the road. Tengok bahagian luarnya bukan compang-camping. Dengan bodykit Mirage Asti siap sunroof, ini adalah kereta yang ideal untuk orang yang berbajet sederhana.

Proton-Putra-MIVEC-mekanika (2)

Sebagai penamat untuk kosmetik dan prestasi, kereta ni dipasangkan dengan rim Desmond Regamaster buatan Russia bersaiz 15 inci. Ia dibalut dengan tayar Nankang berukuran 195/55r16.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button