
PROTON S50 BAKAL DITAWARKAN DUA PILIHAN ENJIN – ENJIN 1.5L NA DAN PENGECAS TURBO 1.5L
Selepas tular beberapa foto memaparkan Proton SS11 atau dipanggil S50 melakukan pandu uji di jalan raya, terdapat khabar angin bahawa ia ditawarkan dua pilihan enjin iaitu enjin aspirasi semula jadi 1.5L dan enjin pengecas turbo 1.5L.
Berdasarkan Geely Emgrand generasi terkini, ia mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi).
Model baharu berkenaan dibina menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA), sama seperti Proton X50, di mana platform itu menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan kawalan pengendalian lebih baik.

Untuk rekod, platform ini boleh dikonfigurasi kepada pacuan roda depan sahaja atau pacuan semua roda.
Sedan segmen B itu dijangka akan bersaing dengan Toyota Vios dan Honda City.
Di China, Geely Emgrand dipacu oleh enjin 1.5 liter NA, berupaya menghasilkan 114hp dan 147Nm tork serta dipadankan bersama transmisi CVT.

Bagaimanapun, menurut media tempatan, funtasticko, model baharu ini bakal dipadankan bersama dengan enjin aspirasi semula jadi (NA) tetapi hanya akan ditawarkan mulai tahun 2025.
Maka dengan itu, buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection), berupaya menghamburkan 148hp dan tork 226Nm.
Nadi berkenaan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.
Menurut laporan, Proton S50 dijangka ditawarkan dalam empat varian (Executive, Premium, Flagship serta Flagship X) dan dilancarkan seawal November tahun ini. – Automachi
- BACA: FOTO INTIP: PROTON S50 SEDANG DIUJI DI TANJUNG MALIM – SAINGAN KEPADA HONDA CITY, TOYOTA VIOS
- BACA: PROTON S50 DIKESAN DIPANDU UJI DI SUBANG JAYA – TAMPIL STERENG SEBELAH KANAN
- BACA: SEGALANYA TENTANG PROTON S50, LANCAR PENGHUJUNG 2023
- BACA: PROTON S50 DIKESAN LAGI, PELANCARAN DALAM MASA TERDEKAT?








