Buletin

PROTON SAGA 2016 DILANCARKAN – PROTON NEKAD KUASAI SEMULA PASARAN

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Hari ini, pertempat di Pusat Konvensyen Setia di Setia Alam, Proton Saga baru selamat dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi.

Seperti yang pernah kami laporkan dalam sesi pandu uji singkat yang dijalankan di trek ujian Proton Shah Alam minggu lepas, Saga merupakan trademark penting Proton sejak ditubuhkan. “Saga” merupakan lencana yang paling lama digunakan Proton semenjak dari model pertamanya diproduksi pada tahun 1985.

saga 2016 (4)

Dalam tempoh 31 tahun, Proton Saga telah mengalami perubahan besar 2 kali dan secara teknikalnya, ini adalah model ketiga yang berubah bentuk sepenuhnya. Model paling lama bertahan ialah Saga generasi pertama yang menggunakan platform sama sejak 1985 hingga 2008. Ia bermula dengan model Orion, Megavalve, Iswara, LMSS, dan LMST.

saga 2016 (2)

Pada 2008, Saga mendapat model gantian penuh menerusi model FL atau kebanyakan kita kenalinya sebagai BLM. Pada ketika ini, ia diposisikan kepada segmen A, lebih kecil. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan pertembungannya dengan model segmen C ketika itu, Proton Gen2 dan Persona.

Model baru ini didatangkan dengan 4 varian utama, Standard (manual), Standard (CVT), Eksekutif dan Premium. Ia dijangka memenuhi permintaan besar bagi pembeli segmen ini. Proton juga dilihat berhati-hati dalam memposisikan varian supaya tidak bertindan dengan Proton Persona yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas.

saga 2016 (1)

Ini adalah senarai harga jualan Proton Saga 2016

1.3 Standard (Manual) RM36,800

1.3 Standard (CVT)      RM 39,800

1.3 Executive (CVT      RM 42,800

1.3 Premium (CVT)      RM 45,800

Ia bakal bersaing dengan kereta penumpang segmen A yang kini dimonopoli oleh Perodua Bezza. Walaupun merupakan model sedan pertama, Perodua berjaya mengejutkan industri dengan catatan jualan luarbiasa. Sudah tentu, Proton Saga bakal memberi opsyen kepada pembeli yang kini semakin sensitif memilih kereta pertama atau kereta gantian mereka.

saga 2016 (2)

Walaupun berkongsi platform lantai dengan Saga BLM, model baru ini telah diperbaharui hampir 100 peratus dari segi rekabentuk. Paling ketara ialah bahagian dalamannya yang didatangkan dengan papan instrumentasi dan roda stereng yang nampak lebih premium.

Proton meletakkan harapan tinggi pada model ini. Pemerhati industri juga melihat bahawa Saga adalah legasi penting yang bakal menentukan hidup-mati Proton dalam mempertahankan pasarannya semakin menurun. Sejak ditubuhkan pada 1985, Proton telah melalui liku perjalanan yang panjang, bertahan dalam banyak situasi, kembali dan terus berjuang.

saga 2016 (6)

Saga bukan sahaja sebuah kereta, ia adalah aspirasi rakyat Malaysia untuk melihat Proton bangkit semula. 31 tahun dalam industri bukanlah tempoh yang singkat. Proton perlu meningkatkan penguasaannya menerusi model ini. Ia tidak boleh gagal.

Tidak boleh.

 

 

klik sini untuk ke pautan galeri gambar 

Google ads
Back to top button