Buletin

NISSAN ARIYA EV DIKESAN – JARAK GERAK HINGGA 610 KM, BAKAL DILANCARKAN KELAK?

Edaran Tan Chong Motor merupakan pelopor terawal di dalam penawaran kenderaan elektrik di Malaysia.

Selepas Nissan LEAF dilancarkan beberapa tahun yang lalu, ETCM dilihat sudah bersedia untuk melancarkan sebuah lagi kenderaan elektrik di Malaysia, iaitu Nissan Ariya EV.

Berdasarkan laporan rakan media Paultan, kelibat unit EV tersebut dikesan di sekitar Segambut dengan menampilkan warna Akatsuki Copper serta rekaan rim yang agak unik.

Di luar negara, Nissan Ariya EV ditawarkan dengan trenkuasa motor elektrik tunggal pacuan roda depan atau motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda.

Bergantung kepada spesifikasi, dua kapasiti pek bateri boleh dimuatkan pada Nissan Ariya, di mana versi 91 kWh mampu menawarkan jarak operasi maksimum sehingga 610 km.

Di Jepun, harga jualan Nissan Ariya EV bermula dari 6,600,000 yen (RM219k) untuk versi 2WD (dengan pek bateri 66 kWh), sehingga 7,900,200 yen (RM262k) untuk versi Ariya e-4ORCE AWD dengan pek bateri 91 kWh.

Jadi, untuk mereka yang mencari sebuah EV, adakah Nissan Ariya ini bakal menjadi satu pembelian yang berbaloi berbanding pesaing yang ada di pasaran? – Paultan

Google ads
Back to top button