Motosikal

BENELLI DIISYTIHAR BANKRAP, GAGAL BAYAR HUTANG €120,000

Mahkamah Pesaro telah mengeluarkan notis bankrap kepada Benelli akibat kegagalan firma ini membayar hutang sebanyak €120,000 kepada syarikat suspensi WP (WP Suspension). Ini mungkin berita yang sangat mengejutkan memandangkan Benelli telah mengenengahkan rangkaian produk yang cukup ekstensif pada pameran EICMA di Milan tahun lepas.

Benelli-TNT25-mekanika3

Pemilik Benelli, Kumpulan Qianjiang (QJ Group) dalam satu kenyataan media memberitahu bahawa Benelli sebuah jenama yang kukuh. Mereka memiliki dana (khabar angin memberitahu mereka mempunyai tunai sekitar €1 Juta) dan sedang dalam proses melunaskan hutang tersebut.

Dalam proses pembayaran ini, motosikal Benelli telah dirampas sebagai jaminan untuk pembayaran hutang tersebut. Berasa tidak adil dan teraniaya, Benelli cuba memfailkan rayuan di Mahkamah daerah Ancona.

Benelli-Leoncino-2016-mekanika (4)

Kumpulan Qianjiang juga kecewa dengan tindakan pengurusan Benelli mengendalikan isu ini sehingga ke peringkat tuntutan bankrapsi oleh WP Suspension. Ini kerana, Qianjiang cukup agresif mempromosi jenama lagenda Itali ini dan telah melabur besar-besaran di India yang dikatakan pasaran motosikal paling pesat membangun hari ini.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button