PROTON UMUM HARGA X50. BERMULA RM79,200. VARIAN FLAGSHIP HANYA RM103.3K!
Setelah sekian lama berteka-teki, Proton akhirnya mengumumkan secara rasmi harga untuk SUV kompak baharunya, X50 menerusi satu majlis khas di laman Facebook PROTON..
Didatangkan dalam empat varian, X50 ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian standard. Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan tidak termasuk insurans.
Ia sah sehingga 31 Disember 2020 dengan pengecualian cukai jualan oleh kerajaan dan untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
Senarai harga adalah seperti berikut:
X50 didatangkan dalam empat warna menarik iaitu putih, perak, kelabu, biru, merah dan oren.
Dua pilihan enjin diberikan. Bagi varian Standard, Executive dan Premium, ia dijana oleh enjin 1.5 liter turbo. Sementra varian flagship digerakkan enjin 1.5 liter TGDI yang lebih berkuasa.
Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7-kelajuan.
Sama seperti semua model baharu Proton, X50 hadir dengan pakej komprehensif untukmeningkatkan pen galaman pemilikan. Ini termasuklah jaminan jarak tempoh tanpa had dan pakej data percuma setiap bulan selama 5 tahun.