Buletin

LOTUS EMIRA FIRST EDITION DENGAN ENJIN 4 SILINDER AMG, 360 HP

Lotus telah mengumumkan spesifikasi yang bakal ditawarkan pada model Emira First Edition.

Untuk Emira First Edition ini, ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter M139 AMG berkuasa 360 hp dan daya kilas 430 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.

Emira First Edition didatangkan dengan ciri seperti lampu LED depan belakang, rim bersaiz 20 inci, sistem ekzos dengan kemasan titanium, diikuti brek two-piece dengan pilihan warna merah, hitam, kuning atau perak untuk angkup brek, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Pembeli boleh memilih enam warna menarik seperti Seneca Blue, Magma Red, Hethel Yellow, Dark Verdant, Shadow Grey and Nimbus Grey serta sehingga tujuh warna dalaman, iaitu merah, hitam, kelabu dan tan untuk bahan kulit Nappa, serta Alcantara hitam dengan jahitan merah, kuning atau kelabu.

Ruang kabin pula menempatkan tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori (untuk pemandu) dan pemanas, kawalan iklim, kawalan jelajah, skrin kluster instrumen 12.3 inci, skrin tengah 10.25 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Harga jualan Emira First Edition bermula dari £71,995 (RM396,843) dan harga tersebut termasuk dengan empat pakej yang ditawarkan secara standard seperti:

  1. Lotus Drivers Pack – suspensi Tour atau Sport, pilihan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport atau Michelin Pilot Sport Cup 2, serta Track Mode ESP
  2. Design Pack – kaca privasi, pedal sports, headliner Alcantara hitam, alas lantai Emira
  3. Convenience Pack – penderia parkir depan, kamera undur, penyeka kaca bilah aero dengan penderia sensitif hujan, cermin auto-kelam, dan jaring storan di belakang.
  4. Lower Black Pack – kemasan hitam berkilat pada sirip udara, splitter hadapan, ambang pintu, dan diffuser belakang.

Google ads
Back to top button