Motosikal

QUARTARARO DINOBAT ROOKIE OF THE YEAR 2019 – MASIH ADA 3 PERLUMBAAN LAGI!

Seperti dijangka, pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quatararo dinobat sebagai Rookie of the Year ketika perlumbaan masih berbaki tiga pusingan apabila menduduki tempat kedua di litar Motegi, Jepun semalam.

Pelumba Perancis itu cuba mencabar juara dunia lapan kali, Marc Marqiez sejak dari awal perlumbaan dan berjaya menyekat kemaraan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan ketiga.

Ini merupakan kali keempat Quartararo berada di podium dalam enam perlumbaan terakhir. Sekali gus mengesahkan gelaran Rookie of the Year MotoGP tahun ini yang ditetapkan oleh pasukan Petronas Yamaha SRT pada awal musim lalu.

“Kami bermesyuarat  di Malaysia dan menetapkan sasaran untuk kedua-dua pelumba. Mereka kata sasaran kamu ialah untuk menjadi rookie terbaik tahun ini. Saya fikir sasaran ini sukar kerana terdapat beberapa lagi pelumba lain seperti Miguel Oliveira, Pecco Bagnaia dan Joan Mir.

“Tetapi, dinobat sebagai Rookie of the Year ketika masih berbaki tiga perlumbaan saya saya sangat bersyukur. Kami hanya mahu menikmati momen ini dan mendapatkan keputusan terbaik,” kata Quartararo.

Peluba berusia 20 tahun itu menjadi satu-satunya pelumba dalam kelompok lima teratas yang memilih tayar belakang jenis lembut. Quatararo mengakui strategi itu menjadi ketika prestasi pelumba lain yang menggunakan tayar jenis sama merudum terutama perlumbaan hampir tamat.

Dalam senarai keseluruhan MotoGP, Quartararo naik ke kedudukan keenam di hadapan Valentino Rossi. Dia hanya kurang 13 mata berbanding pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Maverick Vinales (Monster Yamaha) yang berada di tempat ketiga.     

Sepanjang musim 2019, Quatararo mencatat enam podium, empat psosisi pole dan 10 kali berada di barisan hadapan, sesuatu yang ramai peminatnya sendiri tidak jangka.

Tags
Google ads
Back to top button