Buletin

ASALNYA SALAH PARKIR, WANITA INI KEMUDIAN DIDAKWA TERLIBAT JENAYAH PALSUKAN DOKUMEN

Seorang wanita yang memandu sebuah Rolls-Royce dan menghalang pintu masuk kecemasan sebuah hospital di Beijing, China kini didapati terlibat dalam jenayah yang lebih berat. 

Dia yang dikenali sebagai Shan pada asalnya ditahan selama lima hari kerana mengganggu ketenteraman awam selepas bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan dan polis yang videonya kemudian tular di media sosial.  

Perhatian netizen kemudian menjurus kepada nombor plat kereta Rolls-Royce berwarna putih yang memang rare. Nombor plat itu dikatakan berasal dari sebuah agensi kerajaan atau seorang yang menjadi antara pemilik awal kereta di China. 

Undang-undang trafik di China megharamkan pindah milik pendaftaran nombor plat kereta, ini menimbulkan spekulasi bagaimana Shan memperolehinya. 

Polis yang semakin berminat untuk mengetahui perkara sebenar telah menunuh satu pasukan khas. Akhirnya, siasatan mendapati Shan membayar bekas pemandunya, Guo sebanyak AS$280,000 (RM1.18 juta) untuk menukar pemilikan Rolls-Royce itu kepada pemilik sah nombor plat berkenaan. Tetapi, semua wang itu dibelanjakan oleh Guo yang kini ditahan atas tuduhan menipu. 

Nasib Shan semakin malang apabila polis mendapati dia terlibat dalam skim memalsukan dokumen identiti. Perincian mengenai jenayah itu bagaimanapun tidak didedahkan. 

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki lain ditahan polis selepas dia membuat khabar angin bahawa kereta Rollls-Royce Shan akan dijual di sebuah kedai kenderaan terpakai. 

sumber: South China Morning Post

Tags
Google ads
Back to top button