Buletin

TAWAR SERVIS ‘UBER’ KEPADA BANDUAN, PASANGAN DI ATLANTA DIDAKWA 

Satu pasangan kekasih di Atlanta, Amerika Syarikat ditahan dan didakwa oleh pihak berkuasa selepas dikatakan menawarkan servis pengangkutan seperti Uber untuk banduan. 

Perniagaan keluarga itu didakwa membawa keluar banduan dari sebuah penjara, sebelum memandu mereka ke bandar dan kembali semula ke penjara yang sama. Perkhidmatan tersebut dibayar menerusi satu aplikasi telefon pintar, Square Cash dan kebanyakan banduan membawa balik barangan terlarang masuk ke dalam penjara.

Pihak berkuasa jelas tidak gembira dengan perkembangan yang sudah berlaku selama beberapa bulan itu. Akhirnya, tingkah laku ibu kepada tiga orang anak, Kelly Bass dan tunangnya yang juga seorang banduan dirakam oleh kamera dan rekod bank.

Ketika berada di dalam penjara yang tahap keselamatannya sangat minimum (beberapa orang pengawal terpaksa memantau lebih 500 banduan), dia terfikirkan idea untuk mendapatkan wang. Jadi, dia menganjurkan ‘lawatan ke luar’ kepada banduan yang ingin merasai nikmat hidup di dunia yang bebas. Banduan dibawa ke pusat membeli-belah, melawat ahli keluarga, makan di restoran dan tinggal di hotel.

Keadaan di penjara itu juga dikatakan semakin tidak terkawal, sehinggakan banduan mengadakan parti hampir setiap hari, lengkap dengan minuman keras, rokok dan barbeku. Rakaman video mendapati beberapa orang banduan memanjat pagar dan berlari ke arah sebuah SUV berwarna perak. Kenderaan sama turut dikesan berada di luar penjara, lot parkir hotel di mana tiga orang lelaki diturunkan dan diambil semula oleh SUV yang sama.

Dah jadi macam asrama, bukannya penjara. Hmmm…

BACA: AKIBAT REGULASI BARU TEKSI, UBER DI DENMARK TERPAKSA HENTIKAN OPERASI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button